Cerita Kita
Publisher,Manes Wordworks
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 404
Shelf: Mutiara Minda / Novel / Cinta
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
“Nak daun pandan ke?” – Alim
“Haah, umi saya suruh minta daun pandan sikit. Boleh ke?” – Jasmin
Alim dan Jasmin, mereka berjiran. Kerana secekak daun pandan, mereka berkenalan. Dan mungkin juga, perlahan-lahan berkongsi perasaan lewat pertemuan-pertemuan yang tidak disengajakan?
“Err, boleh tak kalau saya nak nombor telefon Jasmin?” – Alim
Menurut Alim, bersama Jasmin itu tidak asing rasanya seperti berkebun, perkara yang paling dia suka. Menyamankan, menenangkan dan membahagiakan.
Bagi Jasmin pula, berbicara dengan Alim itu seperti menulis cerita di atas kertas. Boleh dicurahkan semua sekali semahunya tanpa berselindung, kerana Alim sangat memahami dan mampu menyelami hatinya ke dasar yang terdalam.
“Apa manfaat kalau jadi best friend Jasmin? Boleh dapat jadi hero tak dalam cerita yang Jasmin tulis?” – Alim
“I have nothing to offer, but I’ll be here whenever you need me.” – Jasmin
Andai mimpi dan realiti itu menjadi satu, semestinya Cerita Kita akan lebih bermakna.