Cerita Kita
Publisher,Karya Publika Sdn Bhd
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 320 g
No. of Pages, 499
Shelf: MUTIARA MINDA / NOVEL / CINTA
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Akibat dipaksa sekumpulan remaja pembuli, Akil menjejakkan kaki di lorong ‘gelap, Jalan Chow Kit. Di sana dia bertemu dengan Rozita, ‘kupu-kupu malam' yang sering menjadi perhatian di lorong penuh hamis itu. Kejadian demi kejadian yang menimpa Akil membuatkan dia sering kembali ke lorong itu untuk bertemu dengan Rozita sehingga melahirkan satu rasa asing di hati buat wanita yang jauh lebih berusia daripadanya itu.
Di lorong itu dia mengenal erti keperitan hidup manusia-manusia terpinggir di sebuah bandar raya besar. Di lorong itu juga dia belajar bahawa kasih dan cinta hanya ucapan semata yang langsung tidak membawa apa-apa makna bagi 'kupu-kupu malam' seperti Rozita dan... Nora.
Kejadian yang tidak diduga memisahkan Akil dengan Rozita. Akil kecewa dan Rozita hilang tanpa khabar berita. Kini takdir kembali mempertemukan mereka setelah hampir 20 tahun berlalu di saat segalanya sudah tidak lagi sama.
"Sakit untuk ucapkan selamat tinggal kepada seseorang yang kita tak mahu lepaskan tapi akan lebih sakit lagi untuk menahan seseorang yang kita tahu sememangnya nak pergi meninggalkan kita." - AKIL
"Ada perkara yang kita tak nak berlaku tapi kena terima. Perkara yang kita tak nak tahu tapi kena belajar dan orang yang kita tak mampu hidup kalau dia tak ada tapi kena lepaskan.” - ROZITA
“Akil Hakimi, awak lelaki terbaik dalam hidup saya dan tak ada cinta lain dalam hidup saya selain dari awak. Cinta untuk awak ni, saya akan bawa sampai syurga.” - NORA