Cerita Klinik Diet
Publisher,Galeri Ilmu Sdn Bhd
Publication Date,
Format, Paperback
Weight,
No. of Pages, 214
Shelf: Mutiara Minda / Kesihatan / Nutrisi & Diet
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Mesej Yang Padat Membaca naskhah nukilan Puan Qay Ini ibarat menelusuri hati sendiri. Mengetuk pintu hati yang sudah lama tidak ditegur dengan perkataan bersyukurlah. Bersyukur dengan setiap nikmat yang kita nampak mahupun tidak, yang kalau dihitung satu per satu takkan mampu kita bayar. Satu bacaan yang baik di masa santai, mesejnya padat dan juga penuh info perubatan. Cerita kegemaran saya ialah Si Wildan Syurga yang pasti meruntun hati mana-mana ibu. Naskhah ini bukan saja sesuai untuk bacaan sendiri tapi juga boleh dijadikan hadiah untuk mereka yang tersayang. Dr. Sakinah Sulong, Pakar Perubatan Keluarga Sangat Menginsafkan! Allahuakbar! Berkali-kali hati saya sebak membaca setiap kisah yang dinukilkan oleh penulis. Sangat menginsafkan! Penulisan yang dibawa oleh penulis kali ini tentang syukur. Kita tidak akan menghargai sesuatu nikmat, sehinggalah kita diuji dengan sesuatu yang menyakitkan. Acapkali saya melafazkan kalimah syukur ke hadrat Allah SWT setelah membaca bab demi bab. Benarlah kata orang, "Kita akan lebih bersyukur apabila melihat insan yang diuji dengan kesihatan di hospital.” Saya mencadangkan buku ini dijadikan rujukan dan panduan untuk kita lebih bersyukur dan redha dengan takdir Allah. Banyak ilmu tentang jiwa, spiritual, motivasi dan kesihatan yang dikongsikan di dalam naskhah ini. Tahniah kepada penulis, Puan Ruqayyah Muhd kerana berjaya menghasilkan sebuah tulisan yang sangat mantap. Rohamiah Muda Penulis buku bersiri Berdamai Dengan Takdir