Ceritera Novela: Sapphire
Publisher,Fajar Pakeer
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Shelf: MUTIARA MINDA / NOVEL / CINTA
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Sapphire, bukan sekadar kilauan, tapi cahaya yang teduh, menyapa hati yang mencari makna dalam diam.
Semesta ini adalah kanvas agung, diwarnai pelbagai rona yang berdansa. Setiap warna adalah bahasa jiwa, menceritakan rasa tanpa suara.
Tetapi, ini bukan sekadar warna...
✿ AYESHAH AMANI - Terakhir ✿
“Akan sampai masa, aku akan melepaskan payung itu dan menikmati hujan.”
Tiga hari, tujuh syarat. Itu sahaja permintaan terakhir Ajla Umairah sebelum dia mengizinkan suaminya menceraikan dirinya.
“Perjanjian bodoh ni penting sangat kan bagi kau?” —Khalif Anaqi
Kisah ini bermula dengan luka dan air mata, namun… masih tersimpankah secebis ruang untuk menggapai bahagia?
“Titik tertinggi dalam percintaan ialah belajar mengikhlaskan, bukan memiliki.”
✿ LEESOPHIELIA - Jodoh Pasti Bertemu ✿
Cinta ini masih hidup, tapi tanpa denyut yang tersisa sebagai bayang, bukan lagi rasa.
April Asya pernah menggenggam harapan, namun, cinta itu gugur sebelum sempat mekar sepenuhnya. Sehinggalah…
"Tak sangka awak dah berjaya sampai ke tahap ini, Bahri..." —April Asya
"Kalau awak tahu apa yang saya lalui untuk saya sampai ke tahap ini, awak takkan panggil itu kejayaan." —Muhamad Bahri
Mampukah dua hati yang pernah patah mencari makna cinta dalam cinta yang seakan tiada jiwa?
“Jodoh itu bukan tentang siapa cepat, tetapi siapa yang kuat bertahan.”
✿ NAZ BALQIS - The Love We Once Lost ✿
Perjalanan masa tidak pernah silap aturan, kerana yang ditakdirkan untuk bersama pasti akan menemukan jalan.
Pertemuan semula membuka kembali lembaran kisah mereka yang disangkakan sudah tamat.
“Aku nak tebus semula masa yang kita dah bazirkan.” —Luzman Harith
Dua hati yang membara dengan cinta, dipatahkan masa hadapan mengatasi rasa, akankah peluang mendatang bermakna?
“Cukup aku tahu kita orang sama-sama mencuba cari semula arah cinta, aku percaya akan jumpa jalan pulang.”
*
Terakhir adalah cinta yang hilang di persimpangan takdir, namun Jodoh Pasti Bertemu, kini di dalam The Love We Once Lost.