Chasing The Dawn

ISBN: 9789838221931
Checking local availability
RM28.00
Product Details

Publisher,FAJAR PAKEER
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 565

Find this product in our store.
Shelf: Mutiara Minda / Novel / Cinta

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

RIndu menghapuskan benci dan dendam yang menggugat jiwa. Andai dendam itu tiada, sudah tentu bahagia yang mereka kecapi saat ini. Tetapi, api kebencian masih lagi membara dan harus dibalas walaupun gadis itu tidak tahu apa-apa. "Kenapa awak mesti layan saya macam ni?! Saya cuma cintakan awak! Kenapa awak hukum saya pada salah yang saya tak buat?!" - AMMARA HALIQA "Kau pentingkan diri kau sama macam keluarga kau yang tak guna tu! Senang-senang datang hancurkan hidup aku, senang-senang datang minta maaf!" – NUHAIL MEVIUS Bagi Nuhail, luka lama masih menyakitkan dirinya. Apa yang keluarga Ammara lakukan pada hidupnya dulu, tak mampu dia maafkan apatah lagi, orang yang dia sayang kini bagaikan putus harapan untuk hidup. "Abang pun berhak berkahwin dengan orang yang abang cinta, jangan disebabkan Luna, abang ketepikan perasaan abang. Luna pun bukannya akan bertahan lama dekat dunia ni." - LUNARA Ammara yang sedar dirinya menjadi mangsa keadaan, cuba memujuk dan merayu namun Nuhail tetap dengan pendiriannya. Dia mahu Ammara merasai derita yang Lunara rasakan. Saat rindu menghapuskan benci, satu lagi rahsia terbongkar membuatkan dendam yang hampir terpadam kembali menyala, mengganggu gugat cinta yang hadir. Hati sekali lagi terluka, memaksa diri dibawa pergi. Penyesalan yang hadir, terlewat untuk dinyatakan. Masihkah ada peluang bagi dirinya untuk kali kedua? Mampukah kemaafan diberi selepas nyawa orang yang disayangi menjadi taruhan? Saat hening terbit fajar itu cintanya hadir. Demi kasih yang tersisa, sang jiwa terus mengejar subuh demi sebuah kemaafan. "I’ll keep chasing the dawn just to see your beautiful eyes again."

Customer Reviews

Be the first to write a review
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)