Cik Barista Encik Tengku

ISBN: 9786297509686
Checking local availability
RM43.00
Product Details

Publisher,
Publication Date,
Format,
Weight,
No. of Pages,

Cinta ini bermula dengan secawan kopi, satu pertengkaran... dan satu syarat gila!

"Where's my coffee?" – Tengku Eskandar

"Encik, sabar sikit. Bak kata orang, sabar tu separuh daripada iman. Encik orang Islam kan mesti tahu." – Hanni

"Aku tak kira. Aku nak sekarang juga kopi aku. Jangan sampai aku viralkan kafe ni." – Tengku Eskandar

"Ish! Encik ni tak reti sabar? Tak reti nak tunggu ke? Tak tengok ke, ramai orang ni. Kalau tak sabar, encik buat sendirilah kopi tu." – Hanni

Hanni Uqayra, seorang barista biasa yang hidupnya sederhana, hanya mahu melunaskan hutang pak cik dan menjaga nenek tersayang. Tapi semuanya porak-peranda apabila dia ter-sound pelanggan VIP kafe itu, Tengku Eskandar Altair, pewaris empayar Tengku.Co dan pelabur utama kafe tempatnya bekerja!

Dipaksa memohon maaf, Hanni tidak menyangka permohonan maafnya datang bersama satu syarat misteri.

"Tengku... saya nak minta maaf." – Hanni

"Okey, aku maafkan kau. Tapi ada syarat." – Tengku Eskandar

"Apa syarat dia?" – Hanni

"Nanti kau tahu. But not now." – Tengku Eskandar

Sejak hari itu, hidup Hanni jadi huru-hara. Lelaki itu mula muncul dalam hidupnya – mengganggu fikirannya, mencabar kesabarannya, dan perlahan-lahan... mencuri hatinya. Namun Hanni tahu jurang mereka terlalu jauh. Perasaan ini tidak sepatutnya wujud.

Dan saat Tengku Eskandar kembali dengan syarat yang dinanti... Hanni terjebak dalam janji yang mampu mengubah seluruh hidupnya.

"Aku pernah cakap, bila aku free aku akan bagitahu syarat. Sekarang aku dah free." – Tengku Eskandar

"Are you crazy? Tengku main-main ke apa?" – Hanni

Apakah sebenarnya syarat itu? Mampukah Hanni menerima permainan dari dunia yang berbeza... atau mungkinkah cinta ini lebih manis daripada segelas kopi?

"Kau orang pertama yang berjaya tundukkan aku, Hanni."

Kopi pertama itu mungkin pahit. Tapi cinta ini... mampu jadi manis sampai ketagih.