Cik Buah Hati Encik Sendu
Publisher,Karya Seni
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Shelf: Mutiara Minda / Novel / Cinta
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Nama aku Fauziah Hanim. Panggil Jee saja. Aku anak sulung. Bawah aku ada enam lagi adik.
Selepas tiga hari emak melahirkan Ammar Hakim, ayah meninggal dunia dengan tiba-tiba saja. Petang tu ayah rebah di ruang tamu. Tanpa pesan, tanpa kata-kata, ayah pergi begitu saja meninggalkan kami buat selamanya.
Emak tak mampu terima kenyataan yang ayah sudah tiada. Dua hari mak kemurungan dan selepas itu mak terus hilang daya ingatan. Orang kampung sebut mak gila meroyan. Sejenis penyakit yang dialami ketika ibu-ibu dalam pantang. Namun bagi aku, emak gagal mengawal rasa sedihnya dan pasti saja mak terlalu memikirkan tentang anak-anaknya selepas ini.
Tapi tak mengapa, mak. Aku ada. Aku akan ambil alih tugas ayah selepas ini. Aku janji akan jaga mak dan adik-adik. Aku akan pegang amanah arwah ayah sebaik mungkin. Kita akan sama-sama teruskan kehidupan walau tanpa ayah di sisi. Aku ingin terus hidup!
Lebih menyedihkan, keadaan hidup kami yang susah langsung tak dipeduli oleh adik-beradik belah ayah. Tapi bila sebut soal harta peninggalan arwah ayah, laju saja nak uruskan. Dapat tahu semua harta atas nama aku, mereka buat rancangan sendiri nak kahwinkan aku dengan entah siapa. Habis, adik-adik aku siapa nak jaga?
Bila tahu Ngah Zamri nak kahwinkan aku, tergesa-gesa Hajah Sanisah datang nak pastikan. Lega dia bila aku tak ingin pun kahwin.
"Tak payahlah nak kahwin dulu. Kalau betul kamu nak kahwin, Zahar ada Uzair pun ada. Ambil ajelah yang mana satu kamu suka, Jee."
Siap dia buat tawaran lagi dua anak teruna dia. Tak cukup Hajah Sanisah, salah seorang anaknya sibuk betul bertanya.
"Aku dengar mak saudara kau nak kahwinkan kau dengan pilihan mereka. Betul ke?"
"Haah."
"Kau setuju?"
"Kau tengok muka aku memang gatal nak kahwin ke?"
"Ada juga sikit-sikit."
"Sengal!"
Tapi aku tak perlu ambil kesah sebab apa yang penting sekarang aku harus kerja keras membanting tulang demi pastikan adik-adik cukup makan dan pakai. Akulah harapan mereka semua.
Dalam mengharungi susah dan senang, ada si dia yang sentiasa ada untuk aku. Dia pasti ada. Tanpa pernah aku minta, dia tetap peruntukkan masa buat aku.
"Jee..."
"Ya."
"Kalau kau nak kahwin sangat, kahwinlah dengan aku."
"Nantilah, kalau dah tak ada siapa-siapa nak aku, aku cari kau. Tapi tunggu Ammar keluar universiti dulu."
"Baik, aku tunggu."
Inilah potret kehidupanku yang sederhana bersama keluarga dan orang tersayang. Sarat cerita duka dan ria namun kami tetap bahagia dengan cara kami sendiri.
Pengorbanan seorang kakak until menjadi ketua keluarga. Tanpa disangka kehidupan tak seperti yang dirancang. Konflik keluarga dan percintaan. Jalan cerita yang sangat menarik.
Pengorbanan seorang kakak until menjadi ketua keluarga. Tanpa disangka kehidupan tak seperti yang dirancang. Konflik keluarga dan percintaan. Jalan cerita yang sangat menarik.
Pengorbanan seorang kakak untuk menjadi ketua keluarga. Tanpa disangka kehidupan xspt yg dirancang. Konflik keluarga dan percintaan. Best.
Pengorbanan seorang kakak untuk menjadi ketua keluarga. Tanpa disangka kehidupan xspt yg dirancang. Konflik keluarga dan percintaan. Best.