Cik Murai Kesayangan Encik Duda

ISBN: 9786297509365
Checking local availability
RM35.00
Product Details

Publisher,Kaseh Aries Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 400 g
No. of Pages, 425

Find this product in our store.
Shelf: MUTIARA MINDA / NOVEL / CINTA

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

Sakit hati dengan orang lain, orang lain pula yang menjadi mangsa balas dendam Bulan. Dia nak kenakan si buaya buta, tapi si singa jantan pula yang masuk perangkapnya.

"Awak ada buat salah dengan saya ke, bulan?" —Ibrar Wazir

“Saya dah minta maaf dengan encik, kan? Lagipun bukan salah saya kalau encik yang minum air tu. Saya bukan buat air tu untuk encik pun. Saya buat untuk orang lain. Yang encik pergi minum air tu, kenapa? Kalau encik tak minum air tu, encik tak akan sakit macam ni. Jadi moral dari cerita ni, jangan suka-suka nak minum air orang lain. Minum air sendiri aje. Tak adalah encik dapat sakit sampai terlantar di hospital ni.” —Bulan Arianna

Bab menjawab memang dia nombor satu. Sepatah orang tu tanya, berjela-jela jawapan yang dia bagi. Tapi kerana mulut yang suka menjawab itu jugalah, hati Ibrar terpaut suka. Hanya Bulan yang dia inginkan sebagai penyeri.

"Awak tak sudi jadi isteri saya, Bulan?" —Ibrar Wazir

"Tak naklah saya. Encik tu dahlah tua, duda pulak tu. Saya ni masih muda lagi. Gelap masa depan saya kalau saya jadi isteri encik." —Bulan Arianna

"Kahwin dengan saya, Bulan. Saya akan buktikan pada awak, orang tua ni juga masih mampu untuk bahagiakan cik murai comel saya ni." —Ibrar Wazir

Kerana satu kejadian, Bulan tersepit di antara kasihan dan sakit hati. Di antara amarah dan rasa tanggungjawab, dia memilih untuk bergelar tunangan Ibrar walaupun dirinya dihina serta dikeji oleh semua orang. Niatnya cuma untuk membantu. Bergelar tunang untuk beberapa jam saja. namun lain pula yang jadi.

"Ada dengar saya suruh awak berlakon ke?" —Ibrar Wazir

Ah sudah! 

Sikap Ibrar buat Bulan pening kepala. Lain yang dia rancang, lain pula yang jadi. Dari tunang, Ibrar nak dia jadi isteri pula. Tak cukup kepala Bulan nak fikir jawapan. Bila Ibrar dah mula menanam jagung, hati Bulan dah jatuh bergolek-golek. Namun, panas yang dia harapkan tak sampai ke petang pun. Ribut taufan muncul melanda di tengah hari.

"Kalau betul kau anggap aku ni ibu kandung kau, kau lepaskan Ibrar. Hanya anak aku yang layak untuk bergelar isteri Ibrar. Ibrar hanya milik Misya." —Puan Maimunah

Hati Bulan terluka dengan teruk. Yang berbicara itu adalah ibu kandung dia sendiri, tapi bukan dia yang menjadi kesayangan Puan Maimunah.

Dia diminta berundur demi anak tiri kesayangan ibunya.

Apa yang Bulan nak buat? Mengalah demi mengejar Syurga yang dia rindu? Ataupun bertahan dengan janji Ibrar untuk bahagiakan dia?

 

Dimensi: 12 x 3 x 19 cm

Customer Reviews

Be the first to write a review
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)