Cikgu, Bawalah Saya Ke Syurga
Publisher,Rimbunan Publishing
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 426
Kerjaya sebagai guru begitu mencabar, namun sangat indah dan berwarna-warni dengan pelbagai kisah dan cerita. Kami sendiri para guru, banyak belajar tentang kerenah manusia dan kehidupan. Kerenah dan pengalaman ini membuatkan kami lebih menyedari bahawa perjalanan kehidupan ini bukanlah tentang diri kita sahaja, tetapi juga tentang orang sekeliling. Terutama perihal murid-murid yang terdiri daripada pelbagaai latar belakang dan bermacam ragamnya.
Kepuasan sebenar seorang guru itu bukanlah pada tangga gaji dan cutinya, tetapi pada pencapaian dan peningkatan murid-muridnya dalam pembelajaran. Seorang guru sebenar, kami tidak meminta untuk disanjung tinggi, tetapi cukuplah untuk diingati dan dihormati. Kenangan ketika menjadi guru itulah sebenarnya paling manis dan mahal sekali.
Sebagai guru, kami hanya mahukan yang terbaikm untuk anak-anak murid kami. Mahu mereka menjadi manusia yang mampu berfungi dalam masyarakat, dengan menjadikan agama sebagai pedoman dalam kehidupan.