Cimmerian
Author: Izzahkhai
ISBN: 9786297509204
Checking local availability
Title
RM35.00
Publisher,Kaseh Aries Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 350 g
No. of Pages, 508
Siapa sangka di sebalik wajah anggun itu, tersimpannya sisi gelap yang paling digeruni. Senjata api, membunuh dan darah. Itu semua sudah sebati di dalam hidup seorang Nur Mikayla. Walaupun hakikatnya dia tidak menginginkan semua itu.
“Keturunan Greco secara tidak langsung merupakan ahli tetap De Greco selagi mempunyai pertalian darah.” – Kayla
Tatkala dia merasakan seperti tiada harapan, Airil Zafran hadir cuba mengisi kekosongan hatinya. Pandangan pertama membuahkan rasa suka di dalam hati lelaki itu.
“Aku bukan perempuan yang baik. Aku pembunuh. Dunia kita jauh berbeza.” – Kayla
“Aku tahu siapa kau, tapi itu tak menghalang aku untuk tetap jatuh cinta pada kau. Aku mahu seorang Mikayla menjadi milik aku sebagai seorang isteri yang sah.” – Zafran
Keinginan hati cuba direalisasikan. Keyakinan cuba dibina. Setiap ujian yang bakal ditempuhi, dia bersedia untuk menghulur tangan.
Bukan sekadar untuk memiliki, tetapi dengan seikhlas hati ingin mengubah ke arah jalan yang lebih baik.
“Betul ke ibadah saya akan diterima walaupun saya banyak buat dosa, Zaf?” – Kayla
“Nur Mikayla. Cahaya pemberian Allah. Tetaplah tabah untuk masa yang akan datang.” – Zafran
Tercapaikan impian Kayla untuk keluar daripada dunia gelap itu? Sanggupkah dia berdepan dengan kehilangan orang-orang yang tersayang sebagai galang gantinya? Atau keyakinannya akan memberi kemenangan yang diinginkan?