Cinta Abang Sado
Publisher,Cute Kreatif
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 500 g
No. of Pages,
Ros Adiba dan Azrai Naufal menghadapi tentangan hebat dalam melayari rumah tangga mereka. Dan pernikahan tanpa restu itu mengundang mala petaka bila nyawa Ros Adiba direnggut saat melahirkan bayinya. Demi sebuah hati yang cukup walang, Azrai Naufal tega menyerahkan hak jagaan anaknya kepada sahabat baik arwah isterinya. Azrai Naufal pula menghadapi kematian tragis sehingga menyebabkan anak yang ditinggalkannya menjadi yatim piatu.
Adam Naufal, lelaki kacak bertubuh sado ini punya hati sekeras batu kerikil. Arahan ibunya agar mendapatkan semula anak saudaranya harus dipenuhi dengan apa cara sekalipun. Keutamaannya cuma satu, mendapatkan semula anak buahnya daripada jagaan seorang doktor wanita bernama Dian Arissa. Pelbagai strategi dipasang untuk menculik anak buahnya sendiri. Entah kenapa, hati kerikilnya juga terpaksa bertarung untuk sebuah cinta. Dian Arissa juga merasai getaran yang sama namun tuba dinafikan demi amanah yang digalasnya. Perebutan yang terjadi membuatkan tali cinta mereka semakin terikat rapi. Semua persoatan terungkai satu persatu dan apakah yang terjadi selepas itu? Bila permusuhan menjadi cinta…
‘Isy! Boleh jadi sewel aku lama-lama macam ni! Si badang ni pun macam tahu-tahu aje aku tak suka dia. Eh tapi betul ke aku tak suka? Tak baik aku panggil dia badang, panggil abang sado kan manis: — Dian Arissa
“Cik Dian ni walau marah-marah pun masih nampak manja. Kenapa ya".
“Mana ada saya marah!”
“Habis kalau muka masam tu, tengah gembiralah ya?” duga Adam Naufal.
“Sudahlah. Badan macam Kingkong, nak bergurau pula!” Adam Naufal terpana.
'Kingkong dipanggilnya aku? Kalau Kingkong, aku dah gigit pipi kau!’ leter Adam Naufal di dalam hati. Dapatkah Adam Naufal merampas kembali hak keluarganya ke atas anak kecil itu tanpa melepaskan cinta yang semakin tergenggam erat antara dia dan Dian Arissa? Dan lebih menakutkan lagi apakah nasibnya juga akan seburuk kisah cinta abangnya apabila kasih mereka ditentang hebat oleh keluarga? Semua bakal terjawab di dalam naskah yang kaya dengan nilai kemanusiaan ini.