Cinta Ajari Aku
Publisher,Penulisan2u
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 600 g
No. of Pages, 520
Pertemuan yang tidak diatur membawa satu titik perubahan dalam hidup Nasrun Parsha. Semuanya gara-gara dek ketajaman kata-kata yang dilontarkan oleh seorang gadis yang tidak dikenali. Tanpa sedar, tercalit memori yang tidak disangka-sangka.
Dugaan demi dugaan yang dihadapi oleh Suhana membuat dia menjadi seorang pemendam. Siapa sangka cinta yang disulam selama lebih lima tahun terlerai dua minggu sebelum tarikh nikah. Cinta yang direstui oleh kedua-dua belah keluarga tidak dapat dipertahankan. Demi rasa tanggungjawab, dia melepaskan cintanya…
“Inikah rasa cinta, bang? Cinta yang indah namun menyakitkan. Cinta yang dikatakan bahagia rupa-rupanya perlu melalui jalan berliku. Rasa cinta ini buatkan Enna lalai…” - SUHANA
“Sayang...” - ZARIEF
“Abang, Enna nak tahu. Siapa Enna dalam hati abang?” - SUHANA
“Enna…Tunang yang abang cintai. Tunang yang akan bertukar statusnya menjadi isteri dan ibu kepada zuriat abang. Kekasih yang paling abang sayangi dan cintai…” - ZARIEF
Dalam keadaan tidak berdaya dan hatinya hancur terkenangkan maruah keluarganya yang akan tercalar, muncul huluran salam cinta yang bertunjangkan ijab kabul daripada seorang lelaki yang tak pernah dikenalinya. Lelaki yang bersungguh untuk menikahinya semata-mata kerana Allah...
“Ajarlah Enna.” - SUHANA
“Ajar apa?” - PARSHA
“Ajar Enna bagaimana nak jadi isteri abang. Pimpin Enna menjadi isteri dambaan abang. Beri Enna ruang dan peluang untuk belajar sebelum memikul tanggungjawab sepenuhnya nanti.” - SUHANA
Pengalaman cinta Suhana membuatkan Parsha berusaha membimbing Suhana agar mencintainya. Walaupun dia terpaksa meninggalkan Suhana demi negara, dia tak lupa untuk mengajar Suhana makna sebuah cinta. Namun, pujukan dan rayuan Zarief menjadi penghalang Suhana untuk mengenali cinta Parsha. Tekanan demi tekanan membuatkan Suhana semakin bingung.
Mampukah Suhana membina cinta yang diimpikan? Mampukah cinta Parsha merawat dan membimbing Suhana? Kuatkah cinta Zarief mengembalikan semua cinta pertama yang disulam bersama Suhana?