Cinta Antara Kita
Publisher,KarnaDya
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Kecewa dengan jejaka yang diidamkan sejak dari kecil, Zetty mula bangkit. Sedar dirinya tidak mempunyai kelulusan, Zetty nekad untuk menceburi penternakan kambing. Usahanya itu menjadi hingga dia digelar 'ZettyKambing'.
Kejayaan Zetty dicemburui oleh Saleha. Musuh tradisinya. Irfan sesorang lelaki yang sentiasa bertindak melulu. Mudah dipengaruhi dan tidak tetap pendirian. Selalu memandang semua perkara dengan remeh. Tidak pernah serius. Kecewa dengan perkahwinan yang di bina hanya beberapa bulan, dia nekad untuk pulang kekampung.
"Duit tak ada, parang ada. Nak? Meh aku tetak dulu, lepas tu aku sendiri yang pergi hantar ke hospital. Semuanya aku tanggung, nak?" - Zetty
"Tak faham? Ke buat-buat takfaham. Yang kau heboh tak tentu pasal kenapa? Semua orang sibuk tanya hubungan aku dengan kau. Kau ni dah gila kot, mimpi nak kahwin dengan aku," - Irfan
Kepulangan Irfan kekampung telah merobek kembali luka Zetty. Zetty dengan sengaja terus membiarkan Irfan di himpit rasa bersalah. Bagi Zetty luka yang ditinggalkan Irfan tidak boleh diubati lagi.
"Dulu lain. Dah lah, cantik Ju pakai baju kurung macam ni? Macam nak pergi kenduri arwah je," - Irfan
Dalam mengubati luka, datang Arman menghulurkan cintanya pada Zetty. Zetty terus terperangkap. Antara Arman dan Irfan siapakan yang selayaknya untuk mendapatkan cinta Zetty, gadis kampung yang berbau kambing itu? Sampai bilakah permusuhan antara Zetty dan Saleha akan berakhir? Bagaimana dengan Alam? Pemuda yang dikatakan tiga suku yang cintanya tertumpah pada kambing-kambing milik Zetty?
Sebuah novel yang berlatar belakangkan sebuah kampung dan kisah kisah kebiasaan orang orang kampung yang memang tidak kering gusi. Diselitkan dengan lawak spontan yang membuatkan pembaca gelak sorang sorang. Namun terjadi pelbagai konflik yang berlaku di kampung tersebut. Memang best layan novel ni waktu waktu lockdown.