Cinta Belum Tamat Tempoh (Novel Adaptasi)
Publisher,Dear Novels
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Shelf: Mutiara Minda / Novel / Novel Adaptasi
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
“Memanglah… Awak pernah tengok cerita putera katak tak? Lepas puteri cium katak, katak bertukar jadi putera yang kacak kan? Cuba awak cium saya.” - Radin
Oh… nanti dulu. Ini bukan kisah dongeng putera katak dengan puterinya. Tapi ini kisah hidup dua beradik, Qaisara dan Qhalish. Disebabkan sayangkan kakaknya dan melihat Radin, sahabatnya, mampu untuk menjaga kakaknya dengan baik, Qhalish benarkan Radin untuk dekati kakaknya. Bagi Qaisara, cintanya kepada sesiapa pun sudah tamat tempoh. Hidupnya hanya kafenya juga adiknya.
“Saya ni dah tua. Bukan sikit, tapi banyak. Jadi, saya rasa kalau awak dah terdesak sekalipun, bukan dengan saya kut. Ramai lagi perempuan muda.” - Qaisara
Radin berusaha sehinggalah dia berjaya menyemai dan membuka semula hati Qaisara. Tapi, tentangan mamanya membuatkan dia sedikit kecewa. Tambahan bila dilihat Qaisara sepertinya mahu mengalah sebelum berjuang. Kehadiran Arisa, adik ipar yang menganggap Qaisara sebagai musuh, Puan Iris, mama Radin, juga Megat Haikal, cinta lamanya membuatkan Qaisara semakin tertekan. Kenapa dengan tiba-tiba hidupnya yang sebelum ini tenang menguruskan kafe dan adiknya menjadi sebegini? Apakah kembalinya Megat Haikal mampu mencairkan rasa cinta yang terlakar antara mereka berdua atau Radin lebih teguh di hatinya walaupun lelaki itu lebih muda daripadanya?
Penulis menerapkan pentingnya menjaga hubungan sesama manusia tak kira sapa diri kita.Keharmonian dalam sesuatu hubungan dapat di terjemahkan melalui tindak tanduk individu itu sendiri.Penyampaian cerita yang begitu menarik,susunan watak begitu teratur,jalan cerita yang cukup sempurna.

Penulis jugk banyk menekankn yang pentingnya menjaga hubungan antara manusia.Storyline yang banyak memberi nasihat kepada pembaca.
Penulis jugk banyk menekankn yang pentingnya menjaga hubungan antara manusia.Storyline yang banyak memberi nasihat kepada pembaca.
Sebuah novel romantik yang menekankan aspek perbezaan usia didalam perhubungan. Storyline yang banyak memberi nasihat kepada pembaca.