Cinta Dia??? Tak Naklah!

ISBN: 9789670448909
Checking local availability
RM25.00
Product Details

Publisher,Kaki Novel
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

“Lelaki macam saya mahukan adrenalin meningkat dan keterujaan bila nak terpesona, mendekati atau mengejar seseorang perempuan. Walaupun fearless seorang perempuan itu, haruslah pandai menjaga maruah dan kehormatan diri. Perempuan yang sopan bila bercakap, tidak mudah melatah dan tidak bertindak membabi buta, adalah perempuan idaman lelaki. Awak tak perlu susah-susah nak fikir atau bayangkan, macam mana orang macam saya ni nak memikat perempuan dan perempuan tu boleh pula tertawan dengan orang macam saya. Obviously perempuan yang pendek akal macam awak, takkan dapat fikir dan bayangkan.”

Itu yang buat Qisya tak berkenan betul dengan Khalif! Tapi, dia peduli apa dengan lelaki itu? Dia tak kisah pun dengan lelaki santai yang bukan menjadi idamannya itu. Dahlah tak berkerjaya hebat, tak berpendidikan tinggi, sinis dan sarkastik pulak tu. Ada hati nak menegur perempuan sepertinya.

Geram sungguh dia dengan Khalif. Dalam pada Khalif memberi nasihat, lelaki itu sempat mengecamnya. Mengkritiknya! Dia benci Khalif! Namun, Khalif ada eagle eyes and killer smile. Sepasang ‘mata helang' yang tajam dan senyuman yang ‘membunuh' itu buat dia terpesona.

“Saya tak mahu orang lain memiliki awak. Hati awak. Kiss your lips, be in your arms or be the one you love. Saya tak mahu orang lain ambil tempat saya. I want you. Nan neoreul weonhae. Itu sebabnya, saya buat semua ni. I hope you can understand. Please, love.”

Khalif bijak berbicara. Bicara yang manis! Ayat yang melelahkan jiwa. Apa lagi alasannya untuk menolak lelaki itu? Akhirnya dia bersetuju menjadi isteri lelaki itu.

“Some love one, some love two, I love one… that is you.” Serentak itu, ciuman mendarat di cuping telinga Qisya.

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)