Cinta Dua Jiwa: Berpisah itu Indah Jika Kita Bisa Berbicara Bahasa Rindu
Publisher,Alaf 21 Sdn Bhd
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
HARIZ, arkitek muda yang gemar berchatting dengan rakan sibernya, Aisya Humayra. Menggunakan nama Archyhis, Hariz tidak pernah membongkarkan identitinya meskipun dia mengenali gadis itu yang juga bekas juniornya ketika di universiti.
Takdir yang berlaku, Aisya kemalangan angkara Fakhrurrazi yang meminatinya. Ini amat memeranjatkan Hariz. Sejak itu, dia melawati Aisya di hospital sehingga timbul rasa kasih terhadap gadis itu. Dia lantas meminta pertolongan orang tuanya untuk meminang gadis itu. Walaupun hati belum bersedia, Aisya terpaksa akur dengan kehendak ibu bapanya. Hariz kini menjadi suaminya.
Namun, layanan dingin diberikan kepada lelaki itu. Hariz yang penyabar, akhirnya meninggalkan Aisya buat seketika sebagai ujian buat isterinya. Perpisahan itu amat menyakitkan. Kejauhan itu menggamit kerinduan. Akhirnya, Aisya sedar betapa dia banyak melakukan kesilapan sehingga menghiris hati suami yang tercinta. Namun, tatkala bunga-bunga kasih mula berputik, Fakhrurrazi muncul kembali lalu memporak-perandakan rumah tangga mereka. Sebuah fitnah telah menjauhkan kembali hati Aisya terhadap suaminya...