Cinta Hati Mr. Aydan
Publisher,Love Novel Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Aydan nekad mengakui keburukannya di hadapan perempuan yang tidak kenalinya, gara-gara geramnya kerana asyik digesa oleh Puan Sri Hayati supaya dia segera berkahwin.
“Dari segi luaran, I ni nampak hebat, tapi hakikatnya I ni jenis lelaki yang panas baran, pengotor, suka sepah-sepahkan semua barang dalam bilik, letak pakaian merata-rata, termasuklah seluar dalam I.” – Aydan
Anis yang terkejut segera meninggalkan restoran tempat janji temunya dengan si tunang. Dan ketika itulah baru Aydan sedar yang dia tersilap cakap. Sangkanya, itulah perempuan yang sepatutnya dia jumpa. Rupa-rupanya, dia tersalah orang. Argh… malunya!
Sebagai seorang anak, Anis akur dengan jodoh yang telah diaturkan untuknya. Namun bahagia yang diharap bersama Syaqeer ditabur pahitnya hempedu. Penceraian yang diminta, dibalas dengan lafaz talak tiga! Hidup sendirian, Anis harus bekerja kembali.
Akhirnya dia nekad untuk menghubungi Aydan dengan harapan lelaki itu dapat memberikan peluang pekerjaan kepadanya. Sebenarnya, Aydan pernah menawarkan dia bekerja semasa mereka bertemu buat kali kedua. Ketika itu dia bekerja di chalet. Peluang untuk Aydan mendapatkan Anis terbuka apabila mereka bekerja sebumbung.
“Cara encik pandang muka saya tu macam ada sesuatu yang pelik kat muka saya aje.” – Anis
“I pernah melamar you untuk jadi isteri I. You lupa? Lamaran yang sebelum ini masih valid dan tak ada tarikh luputnya.” – Aydan
Pada masa yang sama, Syaqeer tiba-tiba muncul untuk kembali semula kepada Anis. Untuk mengelak daripada terus diganggu oleh Syaqeer, Anis menerima Aydan. Tapi hubungan mereka bukan semudah yang mereka sangkakan. Wujud pula Safiera dan Zureen yang merebut hati Aydan, dan Syaqeer yang mahu kembali semula kepada Anis.
Berjayakah hubungan Aydan dan Anis dipertahankan apabila wujud insan lain yang mahu menggugat hubungan mereka?
Pertemuan antara Anis dan Aydan menyebabkan Aydan mendapat Malu apabila dia tersalah cakap kepada orang lain kerana digesa oleh ibunya untuk segera berkahwin. Namun, Anis yang sudah bertunang menerima Syaqeer sebagai suami dek kerana akur kepada orang tuanya. Namun, Anis bercerai setelah berkahwin dengan Syaqeer. Dia nekad memohon pekerjaan kepada Aydan. Bermula kisah mereka berdua ditambah dengan konflik orang ketiga dari kedua dua pihak merumitkan lagi kisah percintaan mereka berdua. Wajib beli untuk tahu pengakhiran kisah ini.

Saya suka dengan jalan cerita novel ni. Kisah pertemuan pertama antara Aydan dan Anis je dah menarik. Terus rasa tak nak letak novel ni. Secara keseluruhan, novel ini memang best. Tak rugi beli!
Penulis pandai menyusun plot dan peristiwa. Banyak menyelitkan babak komedi agar pembaca tidak bosan untuk terus membaca. Kewujudan watak yang sempurna dengn jalan cerita.
Penulis pandai menyusun plot dan peristiwa. Banyak menyelitkan babak komedi agar pembaca tidak bosan untuk terus membaca. Kewujudan watak yang sempurna dengn jalan cerita.