Publisher,Penulisan2u Publication Date, Format, Paperback Weight, 420 g No. of Pages, 552
“Tak, abang tak akan ceraikan Fiya walaupun abang kahwin dengan Maya. Abang nak Fiya tahu bagaimana rasanya hidup digantung tak bertali!” – FARHAN Kata-kata itu ibarat halilintar yang meremukkan hati seorang isteri. Kejamnya Farhan! Sudahlah cintanya dikhianati, kini maruah diri diinjak pula sesuka hati. Perempuan lain mungkin akan menangis dan meratap hiba tetapi bukan dia. Safiya, dalam lembut ada tegasnya. Dalam tenang ada jiwa yang membara. Hati menangis tetapi untuk menunjukkan kepada Farhan betapa lemahnya dia, tidak sekali-kali! “Abang ingat Fiya takut? Tak, sikit pun Fiya tak takut. Abang nak kahwin, silakan. Tapi, Fiya tetap akan tuntut hak Fiya. Fiya akan lawan di mahkamah untuk mendapatkan kebebasan Fiya!” – SAFIYA Dua tahun dia berjuang menegakkan hak, akhirnya lafaz talak terucap juga dari bibir Farhan. Dia bebas dan dialah juga janda yang paling bahagia. Sayangnya, bahagia hidup bersendirian tidak lama apabila ketenangan hidupnya diganggu gugat lelaki-lelaki yang masih bergelar suami orang. Digoda Datuk Helmi seorang usahawan kaya dan ternama juga terkenal dengan sikap buaya daratnya bikin dia meluat. Dilamar Khir Izham, COO di syarikat dia bekerja yang juga digelar Mr. Gentleman oleh rakan-rakan sepejabatnya membuatkan dia panasaran! “Kalau tak cukup, berapa you nak? I sanggup beri berapa saja asal you sudi jadi isteri I. Dua ratus ribu? Atau lebih? You just name it! ” – DATUK HELMI “Saya ingin melamar Fiya untuk jadi isteri saya.” – KHIR IZHAM Kuat berpegang kepada prinsip hidupnya dan tidak mahu menjadi yang kedua, ketiga atau keempat, lamaran kedua-duanya ditolak mentah-mentah. Sayangnya, Izham langsung tidak mahu mengalah dan terus-terusan menagih cintanya membuatkan dia akhirnya lelah sendiri. “Saya janda tapi Encik Izham suami orang. Jadi di ruang mana kita ingin bina bahagia sedang ada orang lain di antara kita?” – SAFIYA “Boleh tak Fiya jangan fikirkan tentang dia kerana yang penting sekarang adalah kita. Tentang hati dan perasaan kita. Tentang masa depan dan kebahagiaan kita.” – KHIR IZHAM Mudahnya Izham berbicara sedang sekeping hati milik isterinya itulah yang perlu dia jaga. Nekad, akhirnya dia menjauhkan diri. Namun, masih adakah cinta kedua buatnya andai dia tetap teguh dengan apa yang dipegangnya? Atau mungkinkah kehadiran si bachelor Hairi mampu membina bahagia yang selama ini dia cari?
Satu kisah yang bagus untuk di baca.Saya suka watak2 di dalam naskah ini. Safiya yang kuat & bukan jenis yang cengeng walau berdepan dugaan yang begitu menyakitkan. Izham yang cool & gentle walau perjalanan hidupnya juga amat melelahkan.. Selain itu saya juga tercuit dengan watak mak & ayah Safiya. Bagi saya, walaupun hero & heroin di dalam naskah ini sudah berusia tetapi kisahnya tetap indah. Perjalanan cerita dari awal sehingga akhir juga tersusun cantik dan kemas.
S
SITI RADHIAH
Cinta Kedua
Suka sangat dengan isi kandungan novel ni. Apabila novel bertemakan cinta yang dipenuhi dengan watak-watak berumur 30-an hingga 50-an, ia memberikan konteks yang berbeza. Bukan sekadar cinta suka-suka, tetapi kematangan yang ditunjukkan dalam mengejar cinta menjadikan naskhah ini bukan sekadar picisan. Sesungguhnya karya ini bukan sahaja dibaca sebagai hiburan, tetapi juga boleh menjadi pengajaran kepada pembacanya.
W
WanNorhatiqah
Cinta Kedua
Walaupun hero dan heroin di dalam cerita ini sudah berusia tetapi kisahnya tetap indah. Perjalanan cerita dari awal sehingga akhir juga tersusun cantik.