Cinta Si Panda Biru & Si Tukang Sapu

ISBN: 9789670874531
Checking local availability
RM20.00
Product Details

Publisher,Kaki Novel
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 500 g
No. of Pages,

Rian, novelis glamor dan terkenal memandang harta kekayaan sebagai tiket untuk mencapai kebahagiaan hidup. Perkenalannya dengan Adil, tukang cat yang juga pekerja sambilan di rumah anak yatim membawa makna baru dalam hidupnya. Adil yang celopar, Adil yang menyakitkan hati, Adil yang sentiasa ada ketika dia memerlukan. Rian selesa berkawan dengan Adil. Adil merahsiakan identiti sebenarnya kerana dia ingin melihat sejauh mana Rian memandang rendah padanya. Dalam diam, dia jatuh suka pada Rian walaupun Rian bongkak dan sombong. Namun, cintanya itu dipendamkan saja kerana Rian berpasangan dengan Hazryq yang serba sempurna itu.
 
Dalam kecelaruan hati dan perasaan Rian terhadap Hazryq dan Adil... tiba-tiba rahsia Adil terbongkar menyebabkan Rian tidak sanggup berdepan dengan Adil. Dan kekasih lama Adil muncul semula menagih cinta Adil. Dapatkah Adil dan Rian mencapai kebahagiaan hidup masing-masing?
“Dalam pencarianku demi sebuah cinta, seruan alam terarah kepadamu....”

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)