Cinta Suam Kuku

ISBN: 9789672813828
Checking local availability
RM37.00
Product Details

Publisher,Rinsya Chasiani Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 410 g
No. of Pages, 428

Find this product in our store.
Shelf: MUTIARA MINDA / NOVEL / CINTA

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

Hidup Hazim Solehin hanya kerja, kerja, kerja dan bergaduh mulut dengan Puan Taliya. Tiada hari tanpa peperangan! Ada saja topik yang mereka riuh-rendahkan pada setiap masa sehingga habis huru-hara Serene Bookafe!

Kemalangan motosikal disebabkan kesalahan sendiri mengubah hidup Hazim tanpa dia sendiri sedar. Mulut gadis pengkid itu macam bontot ayam busuk! Kurang asam betul!

Kau ni memang betul-betul ada kad OKU ke? Penatlah aku asyik nak mengulang benda yang sama.” – Alifah Samira

Aku normallah! Yang OKU tu bos aku!” – Hazim Solehin

Gadis pengkid itu perlahan-lahan menyusup ke dalam hati tanpa memberi salam! Kurang sopan ya si dia! Asal berjumpa, mesti mereka akan bergaduh. Rupa-rupanya, teman bergaduhnya sudah meningkat satu angka. Dulu hanya Taliya, sekarang sudah bertambah dengan wujudnya Alifah Samira.

Walaupun berperangai seperti lelaki, hati Hazim tetap terpaut. Mungkin inilah yang dikatakan dengan cinta itu buta? Dia pun tidak tahu bagaimana dia boleh jatuh hati pada seorang gadis itu selepas menyimpan dendam bertahun-tahun untuk muka.

Aku serius ni Alep, aku nak kahwin dengan kau!” – Hazim Solehin

Aku tak nak kahwin dengan kau!” – Alifah Samira

Selepas kahwin nanti kita mulalah bercinta, cinta suam-suam kuku dulu pun jadilah.” – Hazim Solehin

Cinta suam kuku eh? Kau tu tiga suku bukan suam kuku!” – Alifah Samira

Adakah Alifah akan menerima cinta suam kuku lelaki itu atau memutuskan semuanya pada waktu itu juga?