Cinta untuk Kekasih Hati
Publisher,Suara Hati Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 510 g
No. of Pages,
Shelf: Mutiara Minda / Novel / Cinta
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Tatkala rumah Tyara Ailana, seorang pelakon dipecah masuk oleh seorang peminat yang obses, Tengku Firas mengarahkan Luthfi Alzidan untuk melindungi wanita itu. Luth berat hati pada mulanya untuk menerima tugasan itu mengenangkan ‘siapa’ Tyara pada Tengku Firas namun, saat fikirkan keluarga di kampung… dia terima.
Pertama kali bertentang mata dengan Luth, Tyara tergamam. Malah semakin Tyara mengenali lelaki itu, dia semakin menyenangi lelaki itu. Terutamanya ketika lelaki itu tersenyum dan berceloteh.
“Jadi, awak takde kekasih? Tunang? Isteri?” – Tyara Ailana
“Saya mana ada marka. Eh… kekasih. Tak sempat nak cari. Sibuk. Kekasih pun tak ada takkan tiba-tiba nak ada bini pulak.” – Luthfi Alzidan
Tengku Firas hanya tahu mengarah. Tapi… yang melindungi, yang buat Tyara rasa selamat, yang berada dengannya ketika dia takut, yang buat dia ketawa… Luthfi Alzidan.
Mengenali Luth membuatkan Tyara menjadi berani. Berani untuk keluar dari kehidupannya yang sebelum ini dan mencari bahagia yang diimpikan. Dia ingin hidup… seperti orang lain. Hinggalah tiba ke satu tahap, Tyara sanggup tinggalkan semuanya hanya untuk memiliki cinta Luth. Namun, Luth menolak. Untuk mendapatkan cinta dan bahagia yang diinginkan, bukanlah mudah.
Bila disangkakan semuanya telah selesai, suatu musibah telah merenggut kejam kebahagiaan Luth dan Tyara. Buat pertama kali, Luth yang sentiasa melindungi menjadi lemah. Tyara pula diserang dengan rasa bersalah. Kerana ada harga yang perlu dibayar kerana mencintai dia....
Tyara Ailana, Luthfi Alzidan, Tengku Firas & Tisya adalah antara watak utama di dalam novel ini. Tyara, seorang artis yang rumahnya dipecah masuk oleh seorang peminat yang obses merupakan kekasih gelap kepada Tengku Firas. Luthfi Alzidan pula merupakan bekas bodyguard Tisya, isteri kepada Tengku Firas. Tengku Firas mengarahkan Luth untuk melindungi Tyara selepas kejadian rumahnya dipecah masuk itu. Sekarang anda sudah dapat gambaran jalan cerita novel ini? Bagi saya, jalan cerita novel ini sangat menarik. Anda pun mesti dapatkan novel ini juga, tak rugi baca!
Pertama kali bertentang mata dengan Luth, Tyara tergamam. Malah semakin Tyara mengenali lelaki itu, dia semakin menyenangi lelaki itu. Terutamanya ketika lelaki itu tersenyum dan berceloteh.
Pertama kali bertentang mata dengan Luth, Tyara tergamam. Malah semakin Tyara mengenali lelaki itu, dia semakin menyenangi lelaki itu. Terutamanya ketika lelaki itu tersenyum dan berceloteh.