Cintaku At School
Publisher,Fajar Pakeer
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
“Papa, Nia mintak maaf. Sebab Nia, papa jadi lumpuh macam ni.”
Bila rasa bersalah menyelimuti diri, apa pun sanggup dilakukan. Akhirnya, hasrat si bapa yang mahu lihat dia lebih terjaga membuatkan dia akur. Gelaran isteri kepada Firzad Amsyar disandang Nia Nalia pada usia yang muda.
Atas alasan tertentu, Nia Nalia dan Firzad Amsyar berjanji untuk belajar mencintai antara satu sama lain. Apabila cinta mula menggebu, apabila hati sudah ada penghuninya, terjadi pula peristiwa yang membuatkan Firzad Amsyar seperti bertepuk sebelah tangan. Nia Nalia hilang ingatan! Lantas misi memikat isteri terpaksa dilaksanakan semula. Hari demi hari, benci akhirnya bertukar sayang. Namun, perhubungan Nia Nalia dan Ryan Asyrah yang tidak jelas, salah faham Nia Nalia terhadap perhubungan Firzad Amsyar dan Nazifa, membuatkan salah faham demi salah faham terjadi antara mereka.
“Suami yang tak cintakan isteri dia? Itu yang awak kata suami? Lagipun masa Nia ke sana, Nia akan pastikan kita dah tiada apa-apa hubungan.”
Bagi Nia Nalia, untuk apa dia menyeksa Firzad Amsyar supaya bersamanya sedangkan hatin itu adalah milik Nafiza. Bagi Firzad Amsyar pula, pelarian Nia Nalia meremukkan hatinya apatah lagi pelariannya adalah bersama Ryan Asyraf. Lantas, kecurangan isteri didendami.
Bertahun tidak berjumpa, Nia Nalia sedar cintanya masih untuk Firzad Amsyar lalu dia pulang dengan harapan statusnya sebagai isteri masih kekal. Namun, masih kekalkah status itu buat Nia Nalia? Apakah rasa dendam yang ada dalam diri Firzad Amsyar akan membuatkan rasa cinta yang disimpannya selama ini hilang mekar bunganya? Sejauh manakah kehadiran Ryan Asyraf dan Nazifa dalam hidup Nia Nalia dan Firzad Amsyar?