Aisyalam
Publisher,Dear Novels
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 200 g
No. of Pages, 256
Hidup
Soraya sebelum bertemu Gibran sangat normal walaupun dia sering dipulaukan oleh
rakan-rakan kolejnya. Setakat dipanggil dengan gelaran yang bukan-bukan,
telinganya sudah lali. Namun, hidupnya yang normal berubah huru-hara setelah
satu demi satu benda pelik terjadi ke atas dirinya setelah dia terbangun daripada
tidurnya pada satu pagi.
Rakan
sebilik yang tidak pernah sebulu dengannya, menjadi mesra. Kedudukan barang di dalam
biliknya tiba-tiba berubah. Paling menakutkan, di ‘dunia’ itu namanya bukan
Soraya.
“Aku memang bukan Dina. Aku Anid, roommate kau. Kau tak
ingat ke? Nama kau memang Ayaros, Ros for short!” - Anid
Hanya
Gibran satu-satunya manusia yang Soraya kenal di tempat asing itu. Tempat yang
bernama Aisyalam.
“Kita bukan di Malaysia. Kita di Aisyalam. Aisyalam reads
backwards is Malaysia.” - Gibran
Soraya
dan Gibran yakin semua ini ada kaitan dengan perempuan berkebaya hitam yang mereka
lihat pada malam itu, di sebuah rumah tinggal di Malaysia.
“Dia bukan setakat sebut tolong, but something like,
err...” - Soraya
“Tolong cari aku.” - Gibran