Sehingga Aku Sudi

ISBN: 9789672902638
Checking local availability
RM29.00
Product Details

Publisher,Dear Novels
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Kapsyen:

Menanti pada yang sudi walaupun ada ketikanya aku terasa hati...

 

Blurb:

Milia dan Mikael telah menjalinkan hubungan cinta sejak bertahun-tahun, tapi hubungan itu gagal diikat dengan sebuah perkahwinan. Hubungan cinta mereka juga selalu ada pasang surut dan tidak direstui oleh keluarga Milia.

 

Perkenalan Milia dengan Dato’ Ian Zulkarnain kerana berebutkan sehelai gaun telah membuka lebaran baru. Pertemuan demi pertemuan membuatkan hubungan mereka menjadi rapat. Disebabkan beberapa perkara, Milia nekad memutuskan hubungannya dengan Mikael dan mula menerima kewujudan Ian dalam hidupnya.

 

Dalam masa yang sama, syarikat papa Milia menghadapi masalah. Ian memberi bantuan. Bantuan itu mengikat hubungan Milia dan Ian sebagai suami isteri. Selepas berkahwin, sikap Ian terus berubah. Milia jadi keliru. Kewujudan Kayra juga membuatkan hidup Milia jadi tak aman.

 

“I tetap nakkan Ian. I nak bersama dia semula. Jadi, I nak you berpisah dengan dia. Terpulanglah macam mana you nak buat. Yang pasti, you dan Ian kena bercerai.” - Kayra

 

Kematian papanya memberi kesan kepada Milia sehingga dia nekad meninggalkan Ian kerana menganggap Ian penyebab kematian papanya.

 

“Lia tak minta dijadikan sebagai isteri abang. Abang yang melamar Lia. Hakikatnya, abang tak ikhlas menikahi Lia. Abang memang berniat nak musnahkan keluarga Lia sebab dendam.” - Milia

 

Benarkah Ian penyebab papa Milia meninggal dunia atau ada musuh lain yang cuba merosakkan hubungan Ian dan Milia? Bagaimana dengan perasaan Milia, masihkan dia sudi menerima Ian dalam hidupnya atau kembali untuk bersama Mikael?

Customer Reviews

Be the first to write a review
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)