Jodoh Anugerah Dia
Publisher, Galeri Ilmu
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 650 g
No. of Pages, 320
Shelf: Mutiara Minda / Rujukan Agama / Wanita/Kekeluargaan/Munakahat
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
JODOH ANUGERAH DIA dijayakan oleh 25 orang penulis yang berbeza latar belakang. Malah, apa yang menarik, antara mereka adalah terdiri public figure yang tidak asing lagi dalam usaha dakwah dan motivasi. Antaranya Datuk Norhafizah Musa, Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki, Ustaz Roslan Mohamed, Ustaz Pahrol M. Juoi dan Tengku Asmadi Tengku Mohamad. Mereka turut berkongsi kisah dan pengalaman bertemu jodoh.
Datuk Norhafizah dan Ustazah Isfadiah misalnya, kerana latar belakang akademik mereka berlandaskan agama, barangkali ramai yang menyangka perjalanan mereka bertemu jodoh adalah mudah. Namun sangkaan itu langsung tersasar. Mereka terpaksa menempuh liku-liku pahit sebelum bertemu pasangan hidup masing-masing. Dan nyatalah bahawa urusan jodoh itu adalah urusan Allah. Dialah yang menentukan siapa jodoh kita.
Jodoh Anugerah DIA (Jodoh) berasbabkan ajakan gurauan pendakwah terkenal, Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa agar Dr Muhd Kamil Ibrahim (MKI) menulis kisah bagaimana beliau bertemu jodoh. Orang Negeri Sembilan bertemu Kelantan. Istikharah beliau dan bapa hampir dua tahun. Beliau menolak dengan kuat sekali tetapi tolakan ikut rasa hati tidak terdaya mengatasi ketentuan-Nya. Akhirnya … Datuk Norhafizah mengisahkan betapa jodoh itu anugerah daripada DIA.
Ia permulaan indah dan menarik