Kompas Kepimpinan Dari Madrasah Al-Quran - 2023
Publisher, PTS Publishing House
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 250 g
No. of Pages, 285
Intipati kepimpinan yang baik itu sebenarnya terhasil daripada
prinsip dan nilai yang dicorak dalam proses pembentukan seorang pemimpin yang
baik.
Kompas Kepimpinan daripada Madrasah Al-Quran lebih
bertumpu kepada formula-formula dan intipati kepimpinan al-Quran menerusi sosok
kepimpinan Nabi Sulaiman a.s. dalam surah an-Naml yang kemudiannya dipraktikkan
oleh Sultan Muhammad II atau lebih dikenali dengan Sultan Muhammad Al-Fateh
melalui kajian sejarah Uthmaniyyah.
Istimewanya karya ini dalam menghubungkan dua tokoh yang sering
dilihat asing dan jauh kerana keagungan dan kekuatan yang berjaya dicapai pada
zaman masing-masing. Karya ini membawakan konsep penting yang menhubungkan dua
disiplin ilmu iaitu al-Quran dan sejarah, pada peristiwa lampau dan realiti.
Karya ini berhasrat mendefinisikan ibrah kepimpinan daripada
prinsip-prinsip al-Quran yang bertujuan membentuk keperibadian muslim
profesional melalui akronim F-A-T-E-H
F- Futuristic
A- Active
T- Teamwork
E- Enlightment
H- Humanity
Semoga buku ini mampu memberikan nafas baru kepada seluruh
masyarakat Islam khususnya para pengkaji al-Quran dan sejarah tokoh-tokoh besar
Islam dengan persembahan yang berbeza dan interaktif. Diharapkan buku ini juga
merangsang semangat pembaca bagi mewujudkan semangat dan peribadi unggul
seperti tokoh-tokoh kepimpinan Islam yang terdidik dengan prinsip-prinsip
Al-Quran sekaligus menghidupkan kembali kehebatan dan kegemilangan Islam yang
pernah dicapai suatu masa dahulu.