Cuit-cuit Ustaz Kazim
Publisher,Galeri Ilmu
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 400 g
No. of Pages,
Buku ini merupakan himpunan kata-kata atau madah Ustaz Kazim Elias yang pernah dituturkan oleh beliau semasa menyampaikan ceramah dan untaian kata-kata yang ditulisnya pada wall Facebook beliau. Mutiara-mutiara kata tersebut dikumpul dan disusun hingga terhasilnya buku kecil ini.
Madah atau kata-kata hikmah adakalanya memberi kesan yang sangat mendalam buat jiwa. Kata-kata yang ringkas dan bersahaja mudah untuk mengetuk hati yang bergolak. Jiwa yang kelaru boleh kembali terpimpin.
Andai kata-kata ini diulang-ulang nescaya hati yang keras pasti tercuit akhirnya. Maksud tersirat disebalik kata-kata itu juga boleh mendorong manusia untuk berfikir dan merenung jauh, lalu membuat perubahan.
Senyumlah tuan-tuan.
Rasulullah mengajar kita untuk senyum dengan wajah yang ceria.
Cuma nasihat saya, apabila senyum itu biarlah pada orang.
Biodata:
Ustaz Mohd Kazim Elias merupakan penceramah bebas dan juga Pengetua Pusat Pendidikan Al Barakah yang berpusat di Kampung Manjoi, Ipoh, Perak. Beliau dilahirkan di Batu Kurau, Perak dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Batu Kurau, sebelum melanjutkan pelajaran dalam aliran Tahfiz al-Quran.
Majlis ceramah beliau sentiasa mendapat sambutan daripada semua golongan masyarakat dan peringkat umur termasuk masyarakat kaum bukan melayu di Malaysia. Beliau juga sering muncul dikaca TV menerusi rancangan Kalau Dah Jodoh di Astro Oasis dan juga kerap dijemput menjadi ahli panel untuk Ceramah Perdana TV1. Selain itu, beliau juga merupakan juri tetap di dalam program Pencetus Ummah di Astro.