Buku ini membentangkan perbahasan mengenai niat yang ikhlas dan amal yang benar. Perbincangan ini amat penting kerana telah wujud salah faham di kalangan masyarakat Islam berkenaan dengan persoalan niat yang ikhlas. Sebagai ummatan wasatan yang bertanggungjawab dan bercita-cita untuk mencapai reda-Nya, perlulah kita mengetahui serta mempraktikan amalan agama dengan dilandasi tatacara yang ditentukan oleh Allah dan Rasulullah.