Daiyan Humaira

ISBN: 9789670078946
Checking local availability
RM30.00
Product Details

Publisher,Must Read Sdn Bhd
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 500 g
No. of Pages, 480

Find this product in our store.
Shelf: MUTIARA MINDA / NOVEL / CINTA

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

Empat tahun berlalu sejak lafaz cerai itu diucap, namun hati Muhammad Daiyan tetap setia menanti Nur Humaira.

Di kota Jakarta, dia membina semula hidup – dari hartanah ke dunia hiburan – namun kenangan pada bekas isterinya tidak pernah padam.

Mereka terpisah dek sihir yang ingin menjatuhkan kedudukan Daiyan di Brahim Property Selangor, milik ayahnya sendiri.

Humaira pula menghilang tanpa jejak, menyekat segala bentuk komunikasi, dan meninggalkan Daiyan terkapai dalam tanda tanya. Adakah dia benar-benar telah melupakan cinta mereka?

Kepulangan Daiyan ke Malaysia membuka luka lama. Melihat kemesraan Humaira dan sahabat lamanya, Amsyar, Daiyan sekali lagi terbenam dalam cemburu dan salah sangka. Namun tatkala hujan menyatukan mereka semula, kebenaran pun terbongkar — cinta itu rupanya belum mati.

Namun cinta bukan satu-satunya misteri. Penyelewengan wang syarikat, kehilangan fail penting dan bayang sihir yang kembali mengganggu menyukarkan perjalanan mereka. Dalam menyingkap siapa sebenarnya pengkhianat, Daiyan harus berdepan kebenaran yang mengubah segalanya — termasuk tentang dalang yang selama ini disangka lari.