Dakwah dan Kaunseling di Malaysia (Edisi Kedua)
Publisher,UKM press
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Dakwah bertujuan memberi bimbingan kepada manusia supaya menuju kepada keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat. Melalui dakwah manusia diubah supaya berada dalam acuan Ilahi untuk menjamin kesejahteraan tersebut. Dalam melaksanakan dakwah Islamiyah, pelbagai kaedah dan pendekatan digunakan untuk menarik minat orang kepada Islam dan mengubah tingkah laku mereka ke arah kebaikan selaras dengan ajaran Islam. Kaunseling salah satu pendekatan yang boleh digunakan adalah hubungan menolong atau membantu seseorang menjalani kehidupan yang lebih baik dari segi emosi berbanding sebelumnya. Malah baginda Rasulullah SAW semasa menjalankan penyebaran dakwah mengamalkan konsep irsyad yang mempunyai persamaan dengan kaedah kaunseling yang dilaksanakan di sekolah, jabatan agama dan pusat khidmat masyarakat. Penerapan nilai dakwah Islamiyah dalam proses kaunseling akan menggabungkan dua disiplin ilmu dan kepakaran yang melahirkan konsep bimbingan dan khidmat nasihat yang lebih berkesan.