Damping Siluman

ISBN: 9789838221221
Checking local availability
RM24.00
Product Details

Publisher,Fajar Pakeer
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Tatkala makhluk menyerupaimu, ingatlah Azazil sentisa menyesatkanmu. Sunyi sentiasa menemani jasadnya. Sepi sentiasa berdampingan dengan nadinya. Sejak kehadirannya, pelbagai kejadian aneh berlaku, sehingga kematian demi kematian menjadi santapan mata. Penghuni asrama sentiasa berjaga-jaga. Jika tidak, mereka ditimpa musibah. Gangguan tidak pernah berhenti. Dia dituduh membela saka sehingga memberi kesan kepada kawan-kawan yang rapat dengannya.

“Aku rasa la kan, benda tu mesti pernah renung kau atau tengok kau masa kau tak sedar. Sebab tu dia boleh menyerupai kau dan bukan orang lain.” – MIRUL

“Bilik kat tingkat lain tak ada pula aku dengar kena sampai macam ni. Ke kat sini je yang ada benda tu mengusik?” – WAN

“Apa yang kau mengarut ni? Kalau kau hantu, aku dah lari dan tak bercakap dengan kau pun.” – FAHMI

Pelbagai andaian, pelbagai tanda tanya, namun tetap jua persoalan menemui jalan mati. Dia tetap menjelma… dia semakin menghampiri. Jiwa manusia diperdagangkan. Bisikan Azazil bermain sentiasa. Kenapa dia disalahkan atas kematian yang menimpa rakan-rakannya? Benarkah saka itu telah menular dan mencetuskan peristiwa yang tidak dijangka? Ketika kejadian menyingkap sesuatu yang terlarang, akankah kutukan itu penghabisan sebuah dosa?

“Sebenarnya, seronok bunuh orang ni. Hahaha...” Siapakah dia yang sebenarnya? Bermulanya di sini… kejahatan mencetuskan dendam, di sebalik misteri kelam dalam cahaya malam.

Customer Reviews

Based on 5 reviews
60%
(3)
20%
(1)
20%
(1)
0%
(0)
0%
(0)
A
Asraff Termizi
Menarik

sebuah novel yang menarik untuk dibaca. penceritaan mengenai hantu atau benda misteri yang sering menggangu kawasan perkampungan. sebuah novel dengan susunan jalan cerita yang rapi dan ringkas mebuatkan mudah untuk difahami.

J
Jie
Damping Siluman

Tahniah kepada penulis.Jalan cerita yang menarik dan mampu membuatkan membaca faham dan tidak pening bila membaca.

N
Nur Aziyah
Seram

Sesuai untuk pembaca yang minat dengan cerita seram, mungkin pernah berlaku pada diri sendiri boleh kaitkan dengan cerita novel ni

N
Nurul farezza
Damping Siluman

Sesuai bagi mereka yg meminati cerita2 mistik,novel ini menceritakan bagaimana gangguan mistik boleh mengubah seseorng itu menjadi lebih kejam sehingga sanggup melakukan perkara2 yg diluar jangkaan. Menarik sangat .

S
Siti
Damping Siluman

Sesuai bagi mereka yg meminati cerita2 mistik,novel ini menceritakan bagaimana gangguan mistik boleh mengubah seseorng itu menjadi lebih kejam sehingga sanggup melakukan perkara2 yg diluar pemikiran..