Dandelion Ditiup Angin
Publisher,Jemari Seni
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 500 g
No. of Pages,
Nurin Ardini dibenci oleh Harraz Rifqi sejak kecil lagi kerana dia dikatakan menumpang dan merampas kasih sayang umi dan abinya di Vila Kasih itu. Kebencian itu melarat sehingga ke usia remaja sehingga Rifqi sanggup memerangkap Dini dan mereka dipaksa berkahwin. Ibu Dini meninggal dunia sehari selepas perkahwinan mereka dan Dini membawa diri dari rumah setelah dihalau oleh Rifqi. Dini menumpang di rumah kawannya, Iffa yang tinggal bersama ibunya. Dengan dorongan dan bantuan mereka, Dini membina semula kekuatan dirinya sehingga akhirnya dia berjaya melanjutkan pelajaran ke Ireland. Setelah merasakan dirinya cukup kuat dan menyangka kisah silam itu sudah lenyap ditelan masa, Dini kembali semula ke Malaysia. Namun takdir Allah tiada siapa yang dapat menduga. Tidak sampai dua bulan berada di Malaysia, dia terheret kembali ke daerah silam. Dini terpaksa berdepan dengan Rifqi yang sudah mula menuntut haknya. Kemudian dia bertemu semula dengan Umi Zaharah yang mengasihinya tanpa sempadan. Apabila melihat keadaan Umi Zaharah, hatinya diruntun hiba hingga meletakkan dia di persimpangan emosi. Haruskah dia menurut kehendak umi yang mahu dia tinggal semula di Vila Kasih sedangkan hatinya benar-benar tidak menginginkan semua itu? Sungguh, dia tidak mahu.