Dangerous Destiny
Publisher,Fajar Pakeer
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Shelf: Mutiara Minda / Novel / Cinta
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Kugenggam cinta, lalu kehempas dendam. Antara dua dunia berbeza, mampukah ia menyatukan dua hati tika gelora cinta datang bertamu? Sara Kamelia atau Kay, menyimpan figura lara dalam hidupnya. Dia yang pada asalnya seorang pembunuh upahan telah meninggalkan dunia hitam itu. Namun, kerana terdesak, Kay terpaksa menerima satu misi besar daripada kumpulan kongsi gelap terkenal, Black Pearl. Megat Rayyan atau Ray, hidupnya dihantui dek rasa dendam terhadap ayahnya. Segala kesakitan yang ditanggung terpaksa disorok jauh. Dia tidak mahu sesiapa pun tahu tentang kewujudan Megat Ismadi kerana menganggap lelaki itu sudah lama mati. Garisan takdir menemukan mereka dalam satu situasi yang tidak terduga. Kay telah diupah oleh kumpulan Black Pearl untuk menghapuskan Ray. Tetapi, kerana satu insiden, misi Kay terus berubah. Daripada ingin membunuh lelaki itu, kini Kay bertindak sebagai pelindung Ray.
“Kenapa kau susah payah nak tolong aku? Kenapa kau susah payah nak bahayakan nyawa kau? Kau tahu aku siapa, kan?!” - KAY
“Sebab... saya sukakan awak.” - RAY
“Apa yang kau mengarut ni?” - KAY
Saat rahsia hati diluahkan, masing-masing sedar bahawa ada satu tembok besar yang menghalang mereka daripada bersama. Sampai bila Kay dan Ray perlu menongkah arus melawan luka demi meraih secebis bahagia? Berapakah pula harga yang perlu dibayar demi menamatkan segala episod kesengsaraan itu? Masihkah wujud ‘happy ending’ untuk kisah yang tidak sempurna ini? Ketika duri menjadi api sekam yang kian menjalar luka... Ketika nyawa tidak lagi dipandang berharga… Ketika itulah permainan takdir pun bermula.
sebuah novel yang sangat menarik untuk dibaca. menceritakan kisah cinta yang agak pelik atau jarang didengari. apapun sebuah konsep yang menarik. TERBAIK.
Sebuah novel yang mengisahkan kisah percintaan antara pembunuh dan mangsa yang akn di bunuh. Menjadi kisah percintaan yang lain dari yang lain. Recommended.
Terbaik, jalan cerita yang menarik, mengisahkan seorang pembunuh upahan yang jatuh cinta kepada mangsanya sendiri, Sarat dengan unsur suspen dan misteri, persoalannya adakah mereka dapat menyatu..?
Penyampaian cerita yang seakan sama dengan buku buku yang lain .Pembunuh upahan berpaling arah menjadi penyelamat kepada mangsa.Susun atur cerita yang sangat menarik.
Penyampaian cerita yang seakan sama dengan buku buku yang lain .Pembunuh upahan berpaling arah menjadi penyelamat kepada mangsa.Susun atur cerita yang sangat menarik.