Ibu Danish dirundung kesedihan. Ini semua disebabkan oleh kehilangan cincin perkahwinan yang begitu berharga baginya dan suami tercinta. Danish dan rakan-rakan berusaha keras untuk menemukan cincin itu termasuklah haiwan kesayangannya, Joni si iguana biru.
Pelbagai usaha dilakukan, menggunakan kompas, masuk ke hutan, dan lain-lain lagi. Pelbagai dugaan juga menjengah, dikejar lembu, ditangkap orang gila, rompakan, banjir dan banyak lagi. Dengan kejadian-kejadian itu, dapatkah Danish menemukan cincin ibunya? Tiba-tiba, ada yang ingin meninggalkan Danish, siapakah dia?