Dar Baraka

ISBN: 9789673611317
Checking local availability
RM15.00
Product Details

Publisher,Kemilau Publika
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 400 g
No. of Pages,

“Akhirnya, yang condong tetap condong
patuh aturan Tuhan dan yang sombong tetap sombong
mati menghadap Tuhan.” (Condongnya Pisa)

Menelusuri setiap bait yang dicipta dari kembara dua penulis ini, membawa kita singgah menikmati keindahan Seville, menguntum rindu buat Baitullah, menyemaicinta buat tanah yang pernah menjadi saksi tertegaknya kalimah Allah, Membenih cemburu buat Rumaikiyyah dan akhirnya memanggil kita pulang ke kampung halaman, tanah tumpah keringat dan darah. Bait-bait dedikasi, yang membenarkan kita meninjau sebuah daerah paling indah; hati budi seorang lelaki.

Kalianlah para pembaca.Semoga takwa menjadi landasan kita, penulis dan pembaca.Biarlah ada meski mungkin sedikit.Semoga usai membaca buku ini, kalian akan tersenyum sepertimana senyumnya kami tika keluar dari Borcadillas Dar Baraka, kerana mereka telah memperkaya perbendaharaan jiwa. Begitulah harapan kami.Maka, kerana itulah kami menulis.

Dar Baraka. Nama ini diambil sempena sebuah kafe yang kami singgah di Granada, ‘Bocadillas Dar Baraka'. Perkataan ‘Dar' atau ‘Bait' membawa erti ‘Rumah' dalam bahasa Melayu. Namun ‘Dar' juga membawa maksud yang lebih luas, iaitu sebuah kota atau bandar. ‘Baraka' pula membawa ertikata berkat.

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)