Darah Pujaan
Publisher,Fajar Pakeer
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Shelf: Mutiara Minda / Novel / Novel - Lain-Lain
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Pabila bisikannya disahut, segenap urat darahmu akan terhasut. Along sedar yang matanya tiada berhijab. Kesilapannya menegur seorang kanak-kanak perempuan di gigi jeram pada suatu senja telah menjerumuskan keluarga mereka dengan gangguan tanpa henti. “Budak perempuan tu... dia ikut kita balik, ayah. Dia ada kat luar tu..” “Lembaga tu selalu datang dalam mimpi Along. Dia kata dia Panglima Hitam.” - ALONG
Aminuddin mula mengesyaki kejadian itu pasti ada kaitan dengan keris pusaka yang dijagai Pak Long Sahak. Keris perjuangan yang sekian lama bermandikan darah. “Benda-benda ni kita usah layan dia. Lagi kita layan, lagi dia suka kacau. Depa ni suka berbisik kepada kita, dalam sedar, dalam tidur, malah masa solat pun dia boleh bisik. Along kena banyakkan berzikir kepada Allah” – AMINUDDIN
Tanpa mereka sedari, seorang lelaki misteri sudah lama menjejaki keris pusaka yang sama. Dia sanggup lakukan apa sahaja bagi melunaskan janjinya dengan sang iblis durjana. Apabila keris pusaka jatuh ke tangannya, siapakah mangsa seterusnya? Aminuddin dan Along perlu menyekat terpatrinya perjanjian berdarah ini, yang sudah menyesat dan mengorbankan nyawa berdekad lamanya.