Dari Pendang ke Bukit Aman: Jejak Integriti Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay

ISBN: 9786297915579
Checking local availability
RM150.00
Product Details

Publisher,UPM Press
Publication Date,
Format, Hardcover
Weight, 420 g
No. of Pages, 276

Perjalanan hidup Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay bermula di pekan kecil Tanah Merah, Pendang, Kedah sebelum membawa beliau ke puncak kepimpinan Polis Diraja Malaysia di Bukit Aman, yang berteraskan disiplin, ketegasan dan integriti. Membesar dalam suasana sederhana dengan kemudahan asas yang terhad, beliau belajar erti kerja keras, maruah dan ketabahan sejak kecil. Cabaran gagap dan kesukaran membaca di sekolah pula menjadi titik awal pembinaan keyakinan diri yang akhirnya diperkukuh melalui pendidikan dan latihan PALAPES di universiti.

Sebuah permohonan dihantar oleh rakan tanpa diduga membuka jalan kepada dunia kepolisan. Dari situlah bermula perjalanan beliau dalam bidang risikan dan antikeganasan yang menuntut keberanian, ketelitian dan ketegasan berasaskan undang-undang. Prinsip "cegah sebelum kena" kemudian membentuk reputasi beliau sebagai pemimpin yang tegas dan berintegriti.