Darkened 'Hleora' Soul
Publisher,Orabook Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Shelf: MUTIARA MINDA / NOVEL / CINTA
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Selepas mimpi aneh yang menghantui ibunya, Hleora, gadis berdarah Helr dihantar ke kota Elvarous, menyamar sebagai rakyat biasa. Bangsa Helr, yang pernah menjadi nadi pentadbiran istana, kini diburu dan dibunuh selepas tragedi rusuhan pekerja yang memalitkan darah dan pengkhianatan.
Kerajaan Elvarous kejam. Rajanya zalim. Namun apabila pengambilan besar-besaran pekerja istana diumumkan, Hleora memberanikan diri mencuba nasib dan di sinilah takdirnya berubah. Dia jatuh cinta pada pandangan pertama dengan Putera Kaeldric Brisson. Namun cinta itu adalah bibit-bibit malapetaka.
Kaeldric, yang menyimpan dendam terhadap bangsa Helr kerana kehilangan ibunya dalam rusuhan lalu, memilih untuk menikahi Hleora... hanya demi membalas dendam. Setelah perkahwinan, Hleora diseksa secara fizikal dan emosi, namun dia bertahan hingga cubaan melarikan diri berakhir dengan penyeksaan kejam.
Namun, di sebalik darah dan air mata, rahsia-rahsia lama mula terbongkar.
Hleora bukan sekadar gadis Helr, dia adalah kunci kepada kebangkitan bangsanya. Di sisi seorang gadis misteri bernama Eirisse, pewaris takhta Elvarous yang telah digulingkan secara licik, Hleora bangkit sebagai pejuang. Api pemberontakan pun menyala. Perang antara Helr dan Elvarous mula meletus.
Perang bukan saja perang mengangkat senjata, tapi bagi Hleora dan Kealdric, ia adalah peperangan rasa. Cinta itu membunuh tapi kenapa tidak seorang pun antara mereka yang mati?