Daughter of the Hidden Realm

ISBN: 9786299622635
Checking local availability
RM66.00
Product Details

Publisher,Orabook Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Find this product in our store.
Shelf: MUTIARA MINDA / NOVEL / CINTA

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

She was never meant to be found… until destiny called her name.

Ditinggalkan di pinggir hutan semasa bayi, Elira dibesarkan oleh penjaga alam yang tidak dikenali oleh manusia. Hutan itu bukan biasa. Ia adalah sempadan antara dunia nyata dan Alam Tersembunyi, tempat asal makhluk sihir dan mimpi yang dilupakan. Elira tidak tahu darah siapa yang mengalir dalam dirinya, sehinggalah dia terjatuh ke dalam jurang terkutuk dan melepaskan roh kuno yang telah lama dikurung.

Ketika harapan hampir lupus, muncul seorang putera raja yang sedang melarikan diri daripada takdirnya sendiri, perkahwinan paksa dengan seorang puteri yang tidak pernah dicintainya. Dia menyelamatkan Elira tetapi ada harga tersembunyi di sebalik pertolongan itu.

Aku Putera Matheus Ardyn Gilbert... dari Kerajaan Arvanette.” ~Matheus

Putera Matheus menggunakan Elira sebagai perisai, menyamar sebagai calon isterinya untuk lari dari tekanan istana. Tanpa sedar, perlahan-lahan muncul bibit-bibit cinta di antara mereka namun semakin lama mereka bersama, semakin jelas rahsia besar Elira.

Elira bukan gadis biasa. Dia adalah waris terakhir Puteri Alam Tersembunyi!

…dan Putera Matheus juga mempunyai rahsia besar yang disembunyikan dari Elira.

Apabila dunia sihir dan dunia manusia mula bertembung, Elira menyedari sesuatu yang mengejutkan.

Dia musuh dan ancaman kepada kerajaan yang bakal diwarisi putera itu.

…dan kini, sempadan antara mimpi dan nyata semakin kabur…