Dear First Love
Publisher,Fajar Pakeer
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Shelf: Mutiara Minda / Novel / Cinta
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Mencintaimu umpama hembusan nafas, bagaimana aku boleh berhenti? Kata orang cinta monyet sekadar angan-angan budak sekolah! Tapi, cinta dia pada Alex Kim bukan sekadar angan-angan. Ia satu realiti yang suatu hari nanti akan dibuktikan melalui perbuatan. Itulah yang terjadi pada Myria Ayunina. Dia gemar membaca buku di perpustakaan sehingga mendapat jolokan ‘kutu buku’. Namun, pertemuan yang tidak dijangka telah membuatkan dia jatuh cinta pandang pertama pada Alex Kim.
Aku tak perasan nama samaran yang kau gunakan selama ni. Bagi aku tak penting mana pun. Bodohkan aku? - ALEX KIM
"Selamat tinggal. Semoga suatu hari nanti kita dapat bertemu semula dalam keadaan yang berbeza." - MYRIA AYUNINA
Kematian ayah Myria telah mengungkap sebuah rahsia yang tersimpan rapi daripada pengetahuan gadis itu. Ternyata dia dan Alex Kim dari dua dunia yang berbeza. Dunia hitam yang sentiasa dikotori dengan darah manusia. Dunia kelam yang menyebabkan permusuhan sehingga nyawa jadi mainan.
“Kau bunuh perempuan aku! Then kau nak bunuh kawan aku pula?! Aku tak akan benarkan!” ALEX KIM
“Perempuan kau? Perempuan tu nama dia Myria, kan? Macam mana kalau aku beritahu kau yang perempuan tu masih hidup?”- CHIEF
Kerana rahsia itu juga, nyawa Myria diancam bahaya. Kerana rahsia itu juga, Alex Kim dan Myria terpisah. Apakah rahsia yang dimaksudkan? Sehingga identiti diri ditukar, kehidupan harian berubah rentak. Yang baik jadi api dalam sekam, yang jahat kekal berdendam. Bagaimanakah kesudahannya jika salah seorang memilih untuk mengalah? Masih mampukah genggaman tangan menyatu andai rapuh terikat erat? Sebaik sahaja kita mula memikirkan tentang permulaan, ia sudah sampai ke penamat kerana cinta bukan sahaja untuk dimiliki, tapi juga untuk dikorbankan.
Penulis mengetengahkan kisah jatuh cinta pandang Myria terhadap Alex Kim. Bagaimanapun banyak konflik yang timbul kerana mereka datang dari latar belakang yang berbeza. Ada elemen suspens juga. Plot cerita adalah kemas dan tidak meleret. Tak rugi membaca novel ini.
Penulis mengetengahkan kisah jatuh cinta pandang Myria terhadap Alex Kim. Bagaimanapun banyak konflik yang timbul kerana mereka datang dari latar belakang yang berbeza. Ada elemen suspens juga. Plot cerita adalah kemas dan tidak meleret. Tak rugi membaca novel ini.
Sebuah novel yang menarik untuk dibaca.Kisah kasih sayang dan percintaan antara Myria Ayunina dan Alex Kim dari dua dunia yang berbeza.Plot penceritaan yang tersusun dan tidak membosankan.Terbaik!
Plot penceritaan yang menarik dan tidak membosankan, kisah kasih sayang dan percintaan antara Myria Ayunina dan Alex Kim dari dua dunia yang berbeza. Nice, very recommended. !
Plot penceritaan yang menarik dan tidak membosankan, kisah kasih sayang dan percintaan antara Myria Ayunina dan Alex Kim dari dua dunia yang berbeza. Nice, very recommended. !