Demi Redha Ibu Bapa

ISBN: 9789678604246
Checking local availability
RM16.00
Product Details

Publisher,Alaf 21
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Duhai anak… tidak akan ada dirimu di dunia ini tanpa ayah ibu. Walaupun pernah ditatang bagai minyak yang penuh, namun tidak semua kata-kata mereka diturutimu. Apabila mereka semakin berusia, balaslah jasa keduanya dengan memberikan sepenuh perhatian dan bantuan. Jagai hati mereka dengan ketulusan serta kesabaran. Adakah dirimu mahu dianggap anak derhaka walaupun hanya dengan ungkapan ‘ah'?

Wahai ayah ibu… jagalah ‘amanah' ini dengan sebaik-baiknya. Terapkan didikan duniawi dan ukhrawi agar mereka menjadi hamba yang bertakwa. Pasti pengorbananmu akan diganjari di dunia dan akhirat. Bimbinglah dengan keikhlasan bukan keterpaksaan. Moga pemergianmu nanti akan ditangisi, ketiadaanmu dirindui. Sesungguhnya doa anak yang soleh menjadi bekalanmu di alam abadi.

DEMI REDHA IBU BAPA mengajak kita bermuhasabah untuk memperbaiki kekhilafan dan kealpaan diri dalam mendidik permata hati. Tunaikan tanggungjawab masing-masing agar ayah ibu dan anak-anak saling menghormati, menghargai lagi diberkati. Usah mudah mengalah dengan ujian kerana itulah tanda kecintaan-NYA buat hamba yang dikasihi.

Antara kandungan menarik:

· Checklist Ibu Bapa

· Remaja vs Ibu Bapa

· Bicara Cinta Anak Muda

· Ledakan Cinta Songsang

· Nasihat Luqmanul Hakim

· Kasihi Anak Melalui Solat

· Kaedah Terbaik Mendidik

· Kenapa Anak Kami Nakal?

· Ayuh, Semak Punca Rezeki Kita!

· Hati Anak Remaja – Apa Mahunya?

 

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)