Demokrasi Diktator Majoriti: Plato, Tocqueville, Schumpeter & Dahl
Publisher,Hikmah Publishing
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 210 g
No. of Pages, 138
Shelf: MUTIARA MINDA / SEJARAH & POLITIK / SEJARAH & POLITIK - LAIN-LAIN
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Mengapakah
Manusia Mahukan Demokrasi?
Apabila
semakin buruk atau dahsyat ketidakadilan berlaku dalam sesebuah negara, maka
semakin banyak atau lantang gerakan demokrasi berkembang di negara berkenaan.
Gerakan demokrasi melalui kebangkitan Arab yang melibatkan banyak negara-negara
Timur Tengah dan Afrika Utara terjadi kerana membengkaknya masalah
ketidakadilan pemerintahannya yang semakin diktator. Gerakan demokrasi di tanah
Soviet Rusia sebelum kehancuran Kesatuan Republik Sosialis Soviet pernah
dianjurkan secara besar- besaran, disebabkan oleh masalah ketidakadilan di
dalam negara berkenaan. Gerakan menjatuhkan pemerintahan aparteid di Afrika
Selatan juga disebabkan meluasnya ketidakadilan pemerintahan kulit putih di
negara berkenaan.
Demokrasi
sebagai suatu gagasan adalah satu konsep yang mengutamakan suara majoriti. Pada
realitinya, hanya segolongan kecil sahaja manusia yang pintar dan berhemah
dalam mana-mana masyarakat, sedangkan majoritinya rendah pencapaian
pendidikannya dan sebahagiannya kurang pula berhemah. Memerintah berdasarkan
suara majoriti boleh membawa maksud memerintah mengikut suara kumpulan yang
rendah pendidikan dan kurang berhemah.