Dengan Atau Tanpamu
Publisher,Penulisan2u
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 600 g
No. of Pages,
Dian Fatihah kata Jeffry Azman, cucu jiran sebelah merangkap abang angkatnya itu gila kerana meminangnya tiba-tiba. Tambah gila bila lelaki itu terus mendesaknya untuk menjalin satu hubungan yang bagi Dian mustahil untuk dilaksana.
Alasan demi alasan Dian cipta demi menyelamatkan diri daripada jodoh tak diundangnya itu. Tak dijangka, hadir Adryan Umar, jejaka tampan yang merupakan anak kepada kenalan Dian dan mamanya sewaktu di Tanah Suci. Kehadirannya buat hati Dian tak tenteram di tempatnya. Tambah tak tenteram bila dengan tiba-tiba kunjungan mengejut Adryan bersama uminya, berubah menjadi sesi peminangan tidak rasmi buat dia.
“Dian nak ke kalau umi masuk meminang Dian untuk abang?” – Ryan
“Kita baru jumpa sekali kut!” –Dian
“Tapi abang rasa macam dah lama kenal Dian.” – Ryan
Antara jodoh tak dijangka dengan jodoh tak diundang, Dian lebih yakin untuk memilih jodoh tidak dijangkanya.Walaupun pertemuan singkatnya bersama Adryan Umar hanyalah satu kebetulan, pada Dian sudah cukup untuk dia meyakinkan hati yang sudah mula tertarik dengan peminangan ikhlas lelaki dari negeri Jelapang Padi itu.
Pinangan Adryan Umar, anak kepada Hajah Rashidah diterima tanpa prejudis, seterusnya menolak Jeffry dari meneruskan hasratnya mahu memiliki gadis itu. Cinta cuba disulam walaupun dalam hati masih belum terbit perasaan cinta.
“Kita mulakan semula apa yang Dian tak pernah buat pada abang sebelum ni? - Dian
“Macam mana tu?” - Ryan
“Kalau sebelum ni... Dian tak sayang abang, mulai saat ni, Dian nak sayang abang. Sayang sangat-sangat, boleh?”