Detektif Vampire: Bloody Mary (2024)
Publisher,Penerbit X
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 110 g
No. of Pages, 152
Shelf: MUTIARA MINDA / NOVEL / MISTERI/THRILLER
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
SERU AKU TIGA KALI!
BLOODY MARY... BLOODY MARY… BLOODY MARY…
Kisah Bloody Mary
menjadi tarikan tiga sahabat untuk menyeru hantu perempuan berpakaian merah
itu. Mereka ingin tahu apakah benar hantu dari cermin itu wujud. Tindakan
berani Amelia bersama dua rakan baiknya Marsya dan Helena membawa padah apabila
Amelia dan Helena ditarik masuk ke dalam cermin. Marsya satu-satunya saksi
kejadian dinafikan kata-katanya. Selepas kejadian itu Marsya mula dihantui rasa
takut dan mimpi ngeri.
Terdesak ingin
menyelamatkan dua sahabatnya, Marsya meminta bantuan Kelab Detektif Vampire.
Anaqi, Hafiy dan Bazli menerima Marsya sebagai klien mereka. Kekecohan mula
tercetus apabila pelajar-pelajar yang lain turut hilang secara misteri. Kelab
detektif mula menyelongkar misteri di sebalik kehilangan pelajar-pelajar
sekolah mereka yang dikatakan disorok Bloody Mary.
Dapatkah Kelab
Detektif Vampire menyelesaikan misteri kes Bloody Mary? Atau mereka juga akan
menjadi mangsa ditarik ke dalam cermin?