Detektif Vampire: Patung Voodoo (2024)
Publisher,PENERBIT X
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 97 g
No. of Pages, 128
-
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
SELAMAT DATANG KE SEKOLAH MENENGAH ELIT
CENDERAWASIH!
Sesi penggal
pertama Anaqi di sekolah elit itu dikejutkan dengan kejadian ngeri seorang
pelajar perempuan kerasukan mencederakan diri sendiri. Anaqi yang memiliki kuasa
psychometric mendapat imbasan-imbasan kabur di lokasi kejadian. Patung
voodoo bersama-sama kertas ritual ditemui. Kemudian, seorang demi seorang
pelajar kerasukan dan mencederakan diri sendiri. Dan semua pelajar ini adalah
ahli-ahli kelab sorak.
Hafiy dan Bazli,
dua rakan baharu Anaqi sentiasa memujuknya menyertai kelab detektif yang mana
ahlinya cuma mereka berdua. Kelab detektif akan ditutup sekiranya mereka gagal
mendapatkan ahli baharu. Namun, Anaqi tidak berminat. Bagaimanapun, mereka
bertiga bersama-sama cuba membongkar misteri di sebalik kes sihir patung voodoo
yang semakin kerap terjadi. Petunjuk mereka tertumpu pada Lara, seorang pelajar
yang sering menjadi mangsa buli mangsa-mangsa sihir sebelum ini. Adakah ini
caranya Lara membalas dendam terhadap mereka yang membulinya?
Anaqi sedar ada
tangan asing yang sedang memanipulasi pelajar-pelajar sekolah ini. Apakah
tujuannya? Kenapa Sekolah Menengah Elit Cenderawasih yang dipilih?