Detektif Yaya dan Penunggu Gunung Embun

ISBN: 9789674117603
Checking local availability
RM15.00

"Aku dengar, kat Gunung Embun tu ada monster bermata merah..."

Buku ini mengisahkan pengembaraan Yaya dan kawan-kawan sekelasnya yang pergi berkhemah di Gunung Embun. Pelbagai aktiviti berkumpulan yang mereka lakukan demi mendapatkan hadiah istimewa dari Cikgu Timi. Namun, apabila barang-barang kepunyaan mereka mulai hilang dari khemah, mereka mula tertanya-tanya. Apabila Suzy hilang tanpa berita, mereka semua risau benda yang paling buruk telah terjadi. Tambahan lagi, khabar angin yang menular tentang kewujudan monster di hutan itu membuatkan semua orang tidak senang. Dalam cuaca hujan ribut yang turun tanpa henti, Yaya harus menyelamatkan Suzy. 

Siri Detektif Yaya ini padat dengan nilai-nilai murni. Diceritakan dari pandangan Yaya yang penuh lawak dan misteri, siri ini sesuai dibaca oleh peringkat sekolah rendah hingga ke sekolah menengah.  Di samping belajar tips survival, pembaca juga boleh merungkai misteri di Gunung Embun bersama Yaya dan kawan-kawan.

 
Product Details

Publisher,PTS Publications
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 280 g
No. of Pages,

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)