
Di Dalam Lembah Kehidupan
Publisher,Pustaka Dini
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 400 g
No. of Pages,
Sesungguhnya kumpulan gubahan yang saya beri nama " Di dalam lembah Kehidupan" ini adalah kumpulan airmata, kesedihan dari rintihan yang diderita oleh segolongan manusia di atas dunia ini. Airmata mereka itu sudah mengalir ke tanah dan hilang lenyap dalam pasir. Seorang pun tidak peduli akan hal itu. Bagaimana orang akan peduli, padahal orang sedang dibayangi kesenangan dan kemewahan? Moga-moga hikayat-hikayat pendek ini terbaca juga oleh orang yang senang hidupnya. Moga-moga mereka insaf, bahawa disebalik tabirnya adalah orang yang susah dan sulit keeadaanya; bahawa tidak sedikit makhluk yang kecewa dan melarat, yang sudah patah sayapnya sebelum terbang, terkulai dan jatuh, sehingga tidak dapat berbangkit lagi. Bagi orang yang melarat itu pun mudah-mudahan cerita ini berfaedah pula. Agak kurang duka hatinya apabila diketahuinya, bahawasanya ada juga orang lain yang senasib dengan dia. Dan bagi mereka yang bersedih hati itu karangan ini ku jadikan persembahan dan peringatan, bahawa saya pun turut meratap dalam ratapnya.