DI HAMPARAN SHAMROCK-KUSERU NAMA-MU

ISBN: 9789671754351
Checking local availability
RM30.00
Product Details

Publisher,UNKNOWN
Publication Date,
Format,
Weight, 420 g
No. of Pages,

Customer Reviews

Based on 5 reviews
60%
(3)
40%
(2)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
S
Syeera
Menarik

Antara buku travelog yang saya paling suka daripada Ustaz Hasrizal. Mengisahkan kembara kehidupan penulis di bumi Jordan seterusnya hijrah ke bumi London. Paling menarik bagi saya kisah beliau ketika menjadi imam di bumi asing Belfast. Semua pengalaman menarik diselitkan dengan pengajaran yang bermakna.

A
Asraff Termizi
Terbaik

sesungguhnya buku ini adalah cetusan bernas yang perlu dibaca setiap Muslim. Kutiplah kalam mutiara yang ada di dalamnya, sambutlah bingkisan sentuhan iman yang terkandung di dalamnya. Saya pasti, setelah membaca buku ini, anda akan menyedari bahawa kita sebagai umat Islam, ada TERLALU BANYAK lagi perkara untuk dilakukan.

m
muNn
Pengembaraan yang mencabar..!

Pengembaraan yang mencabar. Itu yang terlintas tatkala sudah separuh buku dibaca. Kegagalan yang dihadapi semasa pembelajarannya di luar negara, langsung tak mematahkan semangat beliau untuk terus mencuba lagi dan lagi tatkala rakan sepengajian yang lain sudah pon menamatkan pengajian mereka. Banyak dugaan dan cabaran, juga peringatan yang dapat dipelajari daripada catatan perjalanan Ustaz Hasrizal menemui kejayaan di negara orang. Pada hemat saya, pelajar yang sedang dan ingin melanjutkan pengajian di luar negara, boleh jadikan pengalaman Ustaz Hasrizal ini sebagai rujukan mereka.

M
Mhd Saprisal Sabarudin
Recommended read

Ustaz Hasrizal pernah post artikel di blog tentang beliau dipenjarakan kerana visa tamat. Jadi nak tahu cerita selanjutnya, saya habiskan baca buku ini.

Selain daripada cerita jalan hidup Ustaz Hasrizal, sangat banyak pengajaran dan mesej yang boleh diambil. Antara yang saya paling kagum ialah apabila beliau memberikan ucapan takziah selepas kematian seorang kanak-kanak perempuan daripada keluarga Kristian, dan kemudian saudara kanak-kanak tersebut berjumpa Ustaz Hasrizal untuk belajar tentang Islam.

Gaya penulisan yang sedap, buat pembaca lagi tak sabar untuk nak tahu cerita seterusnya.

Mesti baca untuk setiap orang.