Di Hatiku Ada Kamu

ISBN: 9789672813637
Checking local availability
RM45.00
Product Details

Publisher,Rinsya Chasiani Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 644

Find this product in our store.
Shelf: MUTIARA MINDA / NOVEL / CINTA

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

RIAN AULIA   Perkahwinan aturan keluarga? Rian tidak teragak-agak bersetuju menjadi isteri kepada lelaki yang tidak kenali untuk membahagiakan orang tuanya. Pada Rian, jodoh dia dan Adif adalah takdir. Dia menyukai lelaki itu pada saat pertemuan kali pertama.   
AHMAD ADIF RAYQAL  Seorang peguam yang paling dipercayai di Idris Holding. Dia tidak menolak peluang apabila pemilik syarikat itu mahu menjadikan dirinya sebagai calon suami untuk Rian Aulia.   Namun sejauh mana hubungan itu bakal terjalin apabila ada sesuatu yang menyebabkan Adif mengangkat Rian sebagai isteri?   Adif tegar dengan rancangan balas dendamnya. Rian baginya cuma ‘sementara’, tujuan utama Adif adalah untuk menghancurkan perniagaan Idris Holding. 

Entah mengapa, yang sementara itu berjaya menyentuh hati dingin Adif. Jatuh cinta kepada Rian tiada dalam motif dan perancangan Adif. Tetapi untuk menghancurkan wanita itu, Adif terlalu berbelah bahagi.   Adif goyah setelah si isteri memohon dan merayu simpati agar tidak menganiaya kedua-dua orang tuanya. Sedangkan dendam di hati lelaki iu tidak pernah surut walau seinci!  

 “Sejauh mana dendam itu?” - Rian 

 “Sehingga mereka kehilangan orang yang paling mereka sayang seperti aku. Dan kehilangan kau disebabkan aku.” - Adif  

Mampukah Rian bertahan apabila Idris Holding jatuh ke tangan Adif, dan menyaksikan kedua-dua orang tuanya dihalau dan merempat di sebuah bilik sewa usang?  

Pergi dari hidup Adif tidak semudah seperti ketika mereka menganyam ikatan perkahwinan kerana sejak dari awal lelaki itu mengikatnya dengan sebuah perjanjian....