Mikrocip itu berupaya menjadi penerima isyarat dan mentafsirkan kepada arahan, dan seterusnya menggerakkan
anggota tubuh Farisha untuk bertindak balas. Ia adalah hasil daripada kajian yang mengambil masa lebih 20 tahun.
Mungkin kerana teknologi itu, ada pihak yang ingin memilikinya, lantas menceroboh masuk sistem Dinara dan
menanam virus di situ. Dan mungkin kerana teknologi itu juga, Dinara bakal lumpuh.